NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Lelaki maut ketika menukar tayar pancit


Kemalangan membabitkan lima kenderaan Kilometer 179.3 Lebuh Raya Utara-Selatan (Plus) arah selatan

Malang tidak berbau buat seorang lelaki yang maut ketika menukar tayar keretanya yang pancit telah dilanggar dari belakang oleh sebuah lori di Kilometer 179.3 Lebuh Raya Utara-Selatan (Plus) arah selatan di sini hari ini.

Kejadian membabitkan lima kenderaan itu berlaku tidak jauh daripada kemalangan sebuah bas ekspres dengan sebuah lori arah utara menyebabkan 16 penumpang mengalami kecederaan dalam kejadian berlaku 3.50 pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Jasin, Deputi Supretendan Mispani Hamdan berkata, dalam kejadian yang berlaku pukul 10.00 pagi itu melibatkan lima buah kenderaan.

Menurutnya, lelaki yang meninggal dunia dikenali sebagai Khaidzir Zainuddin, 59, seorang kontraktor dari Taman Cempaka, Ampang, Kuala Lumpur manakala anaknya yang cedera pula dikenali sebagai Muhammad Ashaf, 22.

Beliau berkata, kejadian berlaku apabila kereta jens Mercedes Benz yang dipandu Khaidzir berhenti di sebelah kiri tepi lebuh raya berkenaan untuk menukar tayar kereta yang pancit.

“Pada masa yang sama sebuah trak tunda turut berhenti di belakang kenderaan Mercedes Benz untuk membantu mangsa.

“Ketika itu datang sebuah lori jenis Nissan Hicom dari arah belakang terus melanggar trak tunda berkenaan menyebabkan kenderaan itu terus melanggar kereta milik mangsa serta dua kereta Plus yang kebetulan berada di hadapan untuk membantu mangsa,” ujarnya dalam satu kenyataan hari ini.

Mispani berkata, akibat kemalangan itu, pemandu Mercedes Benz meninggal dunia di tempat kejadian.

Jelasnya, anak mangsa yang cedera di tangan dan muka serta pemandu trak tunda yang mengalami kecederaan telah dihantar ke Hospital Tangkak untuk mendapat rawatan lanjut.

Menurutnya, pemandu lori jenis Nissan Hicom dikenali sebagai Ali Aimanuddin Salim, 37, dari Kuala Lumpur tidak mengalami sebarang kecederaan.

Bagaimanapun katanya, pemandu itu telah menjalani ujian air kencing dan hasilnya adalah negatif manakala sampel darah telah diambil untuk dihantar ke makmal untuk mengesan kandungan alkohol dan dadah.

Beliau menambah, pemandu lori terbabit akan dibawa ke Mahkamah Majistret Jasin bagi mendapat perintah reman selama tiga hari.

Katanya kemalangan itu sedang disiasat lanjut mengikut Seksyen 43(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. – SM







........
Komen: ........




............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                         ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo