NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Lebih 100 penyokong PH banjiri pekarangan pintu Istana Negara, laung 'reformasi'


KUALA LUMPUR:
Lebih 100 penyokong Pakatan Harapan (PH) mula membanjiri pekarangan Pintu Dua Istana Negara di sini, petang ini, sambil melaungkan slogan 'reformasi'.

Laungan itu bergema apabila kenderaan membawa Pengerusi Pakatan Harapan (PH), Datuk Seri Anwar Ibrahim, dan Setiausaha Agung PH, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail, tiba di pintu sama.

Pemimpin terbabit dijangka menghadap Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah, berhubung isu calon Perdana Menteri ke-10.

Dalam pada itu, Pengerusi Perikatan Nasional (PN), Tan Sri Muhyiddin Yassin juga memasuki Pintu Dua Istana Negara pada jam 4.08 petang.

Terdahulu, Al-Sultan Abdullah menitahkan Muhyiddin dan Anwar menghadap baginda berikutan tiada Ahli Dewan Rakyat memperoleh kepercayaan majoriti mudah 112 untuk dilantik sebagai Perdana Menteri ke-10.

Sementara itu Ketua Polis Daerah Brickfields, Asisten Komisioner Amihizam Abdul Shukor, ketika dihubungi Harian Metro berkata pihaknya akan meningkatkan kawalan keselamatan susulan kehadiran penyokong PH berkumpul di hadapan pintu istana itu.




............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                         ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo