NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Laungan ‘Abah’ bergema di Pusat Media Utama PN


SHAH ALAM:
Laungan ‘Abah’ bergema di Pusat Media Utama Perikatan Nasional (PN) di Glenmarie Hotel & Resort, sebaik sahaja keputusan rasmi diumumkan Pegawai Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) bagi kerusi Parlimen Pagoh yang dimenangi Pengerusi PN, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Pengumuman itu disiarkan secara langsung dari Pusat Penjumlahan Undi Pagoh menerusi skrin di Pusat Media Utama PN di sini, kira-kira pukul 11.30 malam ini.

Muhyiddin memperoleh 24,986 undi menewaskan calon Pakatan Harapan (PH), Iskandar Shah yang mendapat 14,979 undi dan calon Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Razali Ibrahim yang hanya mendapat 14,426 undi.

Muhyiddin bagaimanapun tidak hadir di Pusat Media Utama di sini kerana difahamkan sedang mempengerusikan mesyuarat dengan pimpinan Parti Pribumi Bersatu Malaysia berikutan kematian calon kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Tioman, Md. Yunus Ramli, awal pagi ini.

Yang hadir sama Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang. – UTUSAN




............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                         ...oo...


No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo