BAITULMAQDIS: Perdana Menteri Israel Yair Lapid hari ini menggesa pemimpin dunia supaya menyekat usaha Palestin di Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) untuk pendapat nasihat Mahkamah Pengadilan Antarabangsa (ICJ) mengenai penjajahan oleh Israel.
Dalam satu surat, Lapis meminta lebih 50 ketua negara termasuk dari UK dan Perancis, untuk memberi tekanan terhadap Pihak Berkuasa Palestin bagi menghalangnya mempromosi resolusi itu di Perhimpunan Agung.
Resolusi diluluskan jawatankuasa PBB pada awal November, meminta ICJ segera menimbang “penjajahan berpanjangan dan rampasan wilayah Palestin”, yang dikatakannya melanggar hak orang Palestin untuk menentukan nasib sendiri.
Israel merampas Tebing Barat, Gaza dan Baitulmaqdis Timur yang dikehendaki oleh orang Palestin bagi menubuhkan negara sendiri, susulan perang Asia Barat pada 1967.
“Resolusi ini adalah hasil usaha menarik perhatian terhadap Israel, menolak kebimbangan kami mengenai keselamatan, selain menafikan keabsahan kewujudan kami,” kata Lapid dalam surat yang turut dilihat media.
Status wilayah dipertikaikan wajar dirunding secara langsung antara Israel dan orang Palestin, kata Lapid dengan menegaskan bahawa membawa isu itu ke ICJ “hanya akan mematuhi telunjuk golongan pelampau”.
Rundingan disokong AS tertangguh sejak 2014, dan anggota kanan kerajaan Israel yang bakal dibentuk turut membantah pembentukan negara Palestin.
........
Komen: Anwar tak payah malu-malulah nak sokong Isreal pun
............oo000oo........... PENAFIAN 1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit. ...oo... |
No comments
Post a Comment