NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Kurangkan pelantikan politik, IDEAS beritahu Anwar


PETALING JAYA:
Institut Demokrasi dan Hal Ehwal Ekonomi (IDEAS) menasihatkan Perdana Menteri Anwar Ibrahim supaya tidak membuat terlalu banyak pelantikan politik untuk syarikat berkaitan kerajaan atau badan berkanun persekutuan.

Dalam kenyataan, CEO badan pemikir itu, Tricia Yeoh berkata, pelantikan seperti itu tidak patut dibuat sebagai membalas sokongan politik terhadap kerajaan campuran yang bakal diketuai pengerusi Pakatan Harapan (PH) itu.

“Memandangkan begitu banyak gabungan terlibat, IDEAS mencadangkan supaya kerajaan mewujudkan Jemaah Menteri lebih kecil, selain memastikan usaha wajar tegas dan teratur dilakukan terhadap portfolio menterinya,” katanya.

Yeoh berkata, satu daripada perkara perlu diberi keutamaan segera adalah untuk memastikan kestabilan politik, dan memastikan semua anggota gabungan menyokong usaha kerajaan supaya menghabiskan penggal penuh selama lima tahun.

“Ketidakstabilan politik yang dilihat sepanjang dua tahun setengah lalu mesti pantas dibaiki, supaya kita dapat merancang pemulihan ekonomi dengan cepat,” katanya.

Tambahnya, beberapa keutamaan dari segi ekonomi juga perlu segera diberi perhatian. Antaranya, menangani kadar inflasi, mengukuhkan nilai ringgit, membaiki jaringan keselamatan sosial, menyediakan bantuan bersasar untuk kumpulan berpendapatan rendah, dan pengurusan hutang kerajaan.

“Dalam hal ini, kerajaan baharu mesti membentangkan Bajet 2023 sebelum tahun ini berakhir untuk memastikan ada perbelanjaan untuk tahun fiskal akan datang,” katanya.

Yeoh berkata, memandangkan pembaharuan institusi banyak diketengahkan dalam manifesto PH, IDEAS berharap antara keutamaan kerajaan akan melibatkan antara lain akta seperti Akta Pembiayaan Dana Politik.

Anwar mengangkat sumpah sebagai perdana menteri ke-10 Malaysia, hari ini.

Ahli Parlimen Tambun itu mengangkat sumpah di depan Yang di-Pertuan Agong Sultan Abdullah Sultan Ahmad Shah di Istana Negara.







Komen: ........




............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                         ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo