NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Korea Utara ikrar jadi negara kuasa nuklear paling berkuasa


Jong-un berkata, saintis Korea Utara telah melakukan kemajuan mengagumkan dalam pembangunan teknologi kepala nuklear peluru berpandu balistik. - Foto fail/REUTERS

Pemimpin Korea Utara, Kim Jong-un berkata negaranya berhasrat memiliki pasukan kuasa nuklear terbesar di dunia pada satu hari nanti.

Hasrat tersebut disuarakan ketika beliau meraikan pelancaran peluru berpandu balistik antara benua (ICBM) yang baharu sempena sambutan ulang tahun kelahiran anak perempuannya.

Jong-un turut menyerahkan kenaikan pangkat lebih 100 pegawai dan saintis kerana tugas mereka mereka cipta peluru berpandu Hwasong-17 yang digelar 'peluru berpandu raksasa' yang mana penganalisis percaya ia mampu tiba di Amerika Syarikat (AS).

Katanya, saintis Korea Utara telah melakukan kemajuan mengagumkan dalam pembangunan teknologi kepala nuklear peluru berpandu balistik, lapor Agensi Berita Pusat Korea (KCNA).

Membina pasukan nuklear bagi melindungi maruah dan kedaulatan negara dan rakyat adalah perkara paling penting dan matlamat utama untuk memiliki kuasa strategik paling berkuasa di dunia.

"Justeru, pegawai dan saintis telah menunjukkan kepada dunia bahawa matlamat Pyongyang untuk membina tentera terkuat di dunia," kata Jong-un.

Dalam pada itu, Hong Min dari Institut Penyatuan Kebangsaan Korea berkata, tindakan Pyongyang mendedahkan ujian peluru berpandu Hwasong-17 bertujuan meningkatkan status sebagai kuasa nuklear terulung di dunia.

Sebelum ini, Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) meluluskan puluhan resolusi yang mengenakan sekatan ke atas Korea Utara berhubung aktiviti nuklear peluru berpandunya. - Sinar Harian memetik agensi







........
Komen: ........




............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                         ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo