SEOUL, 26 Rabiulakhir 1444H, Isnin – Korea Selatan dan Singapura menandatangani pakatan perkongsian digital dua hala pada Isnin yang bertujuan meningkatkan perdagangan digital dan kerjasama industri, lapor Agensi Berita Yonhap.
Kementerian Perdagangan, Industri dan Tenaga memaklumkan majlis menandatangani Perjanjian Perkongsian Digital (DPA) berlangsung di Singapura awal hari ini, ketika Menteri Perdagangan Seoul Ahn Duk-geun melawat negara itu.
Ia adalah perjanjian perdagangan digital pertama Korea Selatan.
Kedua-dua negara memulakan rundingan itu pada Jun 2020 dan memuktamadkan pakatan itu akhir tahun lalu.
DPA itu bertujuan menetapkan peraturan bagi transaksi digital yang lebih pantas dan selamat, memudahkan perdagangan dalam digital, termasuk kandungan digital dan pelbagai perkhidmatan dalam talian dan melindungi pengguna dengan lebih baik sepanjang tempoh perdagangan dalam talian, menurut kementerian itu.
Pakatan itu juga dijangka mempromosikan eksport Korea Selatan ke negara-negara ASEAN melalui platform dalam talian kerana Singapura mempunyai platform e-dagang terkemuka seperti Lazada dan Shopee.
Singapura ialah rakan dagangan ke-11 terbesar Korea Selatan dan mempunyai tahap pendigitalan yang sama. – Bernama
............oo000oo........... PENAFIAN 1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit. ...oo... |
No comments
Post a Comment