NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Konsert Hael ditunda 19 Februari tahun depan


KUALA LUMPUR:
Konsert Hael Husaini Live In KL yang dijadualkan berlangsung pada 4 Disember ini ditunda kepada 19 Februari, tahun depan, di lokasi sama, Zepp Kuala Lumpur

Ketua Rocketfuel Entertainment, Feros Sayna berkata, pihak pengurusan memohon maaf atas penukaran tarikh konsert.

"Kepada pembeli tiket konsert yang membuat pembelian, jangan risau. Ini kerana tiket kekal sah pada tarikh yang sudah dijadualkan semula.

"Sebagai tambahan, Rocketfuel Entertainment menjanjikan konsert bertenaga dan berkonsepkan 'boogie shoes' di mana penonton digalakkan 'sing-along' dan 'dance-along' sepanjang durasi konsert," katanya kepada BH Online.

Tambah Feros, pihaknya menitikberatkan perasaan peminat Hael supaya tidak kecewa dan berjanji memberikan persembahan terbaik untuk konsert yang dinanti-nantikan itu.

"Terima kasih saya ucapkan buat peminat yang bersabar dengan penundaan konsert ini. Sekali lagi, kami memohon maaf atas sebarang kesulitan yang timbul," katanya.

Konsert Hael Husaini Live In KL ditunda ke 19 Februari, tahun depan atas sebab yang tidak diumumkan.
Konsert Hael Husaini Live In KL ditunda ke 19 Februari, tahun depan atas sebab yang tidak diumumkan.

Sementara itu, Hael berkata, dia juga tidak sabar bertemu peminat dalam konsert solo selepas 15 tahun bergelar penyanyi.

"Selama 15 tahun berkecimpung dalam industri muzik, ini adalah impian saya sejak dahulu lagi. Banyak yang ingin saya tonjolkan pada malam konsert yang berkonsepkan festival.

"Saya menganggap konsert ini sebagai pementasan perjalanan kerjaya seni secara muzikal. Bagaimana saya bermula, apakah perbezaan muzik dan karya sejak dahulu sehingga kini.

"Bukan sahaja sebagai penyanyi, malah sebagai pencipta lagu. Semuanya akan saya sampaikan menerusi persembahan pada malam konsert," katanya.




............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                         ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo