NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Konflik Sng-Zuraida selesai susulan pertemuan, kata PBM


PETALING JAYA:
Konflik antara Larry Sng dan Zuraida Kamaruddin mengenai jawatan presiden Parti Bangsa Malaysia (PBM) selesai selepas kedua-dua pihak bertemu pagi ini.

Jabatan Penerangan dan Komunikasi PBM berkata, pucuk pimpinan parti bersetuju Sng akan menandatangani watikah (surat pelantikan) calonnya pada pilihan raya umum ke-15 (PRU15).

Katanya, parti akan memutuskan senarai calon untuk pilihan raya, yang akan diumumkan “tidak lama lagi”.

“Hal-hal lain berkaitan pentadbiran parti akan dibincangkan dan diselesaikan selepas PRU15,” katanya dalam kenyataan.

Sng dan Zuraida berkeras mengenai siapa yang berhak menjadi presiden PBM sepanjang minggu lalu.

PBM ditubuhkan oleh Sng, yang menjadi presidennya, manakala Zuraida dinamakan “presiden pengganti” apabila beliau menyertai parti itu.

Di tengah-tengah pertikaian itu, Sng menggantung 13 ahli Majlis Tertinggi termasuk Zuraida serta setiausaha agung parti dan ketua penerangan.

Pada Ahad, Ketua Pengarah JPPM Nawardi Saad mengesahkan bahawa Sng masih presiden PBM. Bagaimanapun, Zuraida menegaskan bahawa dia adalah presiden yang sah.



............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                         ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo