Hari ii veteran DAP, Lim Kit Siang, hari ini mencadangkan Pakatan Harapan (PH), Perikatan Nasional (PN) dan parti di Sabah dan Sarawak membentuk kerajaan bersama di bawah kepimpinan Anwar Ibrahim sebagai perdana menteri.
Cadangan itu dilontarkan susulan status parlimen tergantung yang berlaku sekarang ekoran keputusan Pilihan Raya Umum (PRU) ke-15 semalam.
Kata Lim Malaysia kini berada dalam era baru politik gabungan.
"Saya cadang kerajaan gabungan PH (yang ada 82 kerusi), PN (73 kerusi), dan blok Borneo (35 kerusi) di bawah pimpinan Anwar sebagai perdana menteri untuk membentuk sebuah gabungan bagi memulihkan kemerosotan Malaysia dan menjadikan Malaysia sebuah negara hebat bertaraf dunia dan untuk melawan rasuah.
"Gabungan untuk menjadikan Malaysia hebat ini akan
mempunyai 190 orang ahli parlimen, yang melebihi dua per tiga dari 222
kerusi Dewan Rakyat," katanya dalam kenyataan hari ini.
Dia ingat orang kampung habis duit kempen untuk jatuhkan Anwar Ibrahim boneka DAP untuk menjadi PM boleh terima Anwar jadi PM?
Lagi pun atas dasar apa Anwar jadi PM? Siapa dapat banyak kerusi? Anwar PKR ke? hanya dapat 31 kerusi rasa dia pengaruh lebih. Lawan Peja pun setengah mati.
Kalau nak gabung bagilah Muhyiddin atau PAS PM. Mungkin Lim Kit Siang masih celaru pemimikiran tak tahu nak analisis kerusi dan tak sedar PAS dapat 43 kerusi.
DAP memang masih ada pengaruh lagi, tapi jangan bimbang 5 tahun ini Gerakan akan ganti DAP yang tak sedar diri berada di negara ini.
NASIR RAMLEE
............oo000oo........... PENAFIAN 1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit. ...oo... |
No comments
Post a Comment