PETALING JAYA: Proses pengiraan undi pilihan raya umum ke-15 (PRU15) bermula, selepas pusat mengundi di seluruh negara ditutup pada 6 petang tadi.
Setakat 4 petang, 70% pemilih berdaftar sudah mengundi, menurut Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).
FMT akan membawa berita terkini PRU15 untuk anda.
- BN dahului di Seremban. PH menang kerusi ini pada PRU14.
- BN dahului di Kluang. Pada PRU14, PH menang kerusi ini.
- GPS dahului di Mas Gading. PH menang kerusi ini pada PRU14.
- GPS dahului di Lanang dengan lebih 2,200 undi.
- BN dahului di Klang. Kerusi ini dimenangi PH pada PRU14.
- GPS dahului di Sibu dengan lebih 3,000 undi. Pada PRU14, PH menang kerusi ini.
- GPS dahului di Sarikei dengan lebih 2,000 undi.
............oo000oo........... PENAFIAN 1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit. ...oo... |
No comments
Post a Comment