NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Kini 30 Kerusi, Masih ada lagikah UMNO, BN pada PRU16?


JIKA
diimbau atau diteliti kembali keputusan Pilihan Raya Umum (PRU) dari PRU 11 hingga PRU 15, apa yang dijumpai adalah suatu yang amat menakutkan.

Rasa takut itu lebih tepat ditumpukan pada jumlah kerusi yang dimenangi UMNO dan Barisan Nasional (BN) khususnya dalam tempoh 18 tahun dari 2004 hingga 2022.

Dalam pemerhatian dan penelitian itu, sedar atau tidak, UMNO dan BN sedang melalui era kejatuhan atau dengan lebih tepat kemerosotan sokongan orang Melayu, masyarakat Cina dan kaum India kepada parti itu.

Kemerosotan itu mula dikesan pada PRU 12 tahun 2008, apabila jumlah kerusi yang dimenangi UMNO dan BN ketika itu sekadar 140 kerusi, sedangkan jumlah sebelumnya iaitu pada PRU 11, parti keramat orang Melayu itu menang lebih 200 kerusi.

Dalam PRU 12 itu, UMNO dan BN hilang sebanyak 60 kerusi, kemudian PRU 13 hilang lapan kerusi menjadikan 132 kerusi yang dimenangi pada 2013 dan hilang lagi 53 kerusi pada PRU 14 apabila UMNO dan BN hanya mendapat 79 kerusi.

Namun, daripada 79 kerusi itu, UMNO dan BN hilang lagi 39 kerusi apabila 39 ahli Parlimennya lompat parti menyertai Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu).

Dengan tindakan itu, UMNO dan BN tinggal 40 kerusi sehinggalah pada PRU 15 jumlahnya makin berkurangan kepada 30 kerusi.

Sungguhpun jumlahnya berkurangan,Dengan menjual prisip yang ada pada parti itu, meletakkan UMNO dan BN masih menjadi kerajaan dengan menyatakan sokongan kepada parti gabungan terbanyak PH dan DAP.

Sepanjang PRU 14, UMNO dan BN untuk pertama kalinya menjadi pembangkang dengan Naib Presidennya, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dilantik sebagai Ketua Pembangkang.

Di Parlimen, beliau dan 39 ahli Parlimen UMNO serta BN ‘diserang’ bertubi-tubi oleh blok kerajaan PH terutamanya Anwar.

Pada masa itu moral UMNO sangat rendah, ramai ahli-ahli UMNO menghilangkan diri pergi ke PH. Daripada 52 kerusi akhirnya tinggal 39 kerusi.


Muafakat Nasional


Dalam beberapa siri pilihanraya kecil, UMNO/BN bertanding dan PAS mengambil sikap tidak bertanding dan membantu UMNO. Jika PAS nak bunuh UMNO semasa ini PAS juga bertanding, perpecahan undi ini akan mmebolehkan PH memang tetapi UMNO akan berkubur. Maka PAS menjadi alternatif kepada orang Melayu Islam. PAS dalam kempennya PGU (PAS Ganti UMNO) sepatutnya membunuh UMNO pada kesempatan ini, teteapi PAS mengambil cara Islam membantu UMNO yang berasaskan Islam dan Melayu. PAS sanggup melupakan pengkhianatan UMNO kepada PAS selama lebih 60 tahun demi Islam.

PAS bantu bangkitkan UMNO dan bersama-sama membangkitkan semangat Islam dan Melayu dengan bersama-sama Muafakat Nasional.


Langkah Sheraton


Pemerintahan PH selama 22 bulan menyebabkan orang Melayu dan agama Islam terancam, Anwar Ibrahim berada dalam PH tidak membendung perkara ini, tetapi sama-sama mengapikan keadaan dengan harapan Mahathir akan turun daripada PM dan dia akan menggantikan menjadi PM.

Anwar pada masa itu bukan melihat kesengsaraan rakyat tetapi hanya menghabiskan masa untuk menjatuhkan Mahathir. Keadaan negara menjadi makin purak peranda.

Kerajaan PH jatuh akibat krisis dalaman parti itu yang menyaksikan Tun Dr. Mahathir Mohamad meletakkan jawatan sebagai Perdana Menteri.

Tidak cukup dengan itu, sekumpulan ahli Parlimen PKR diketuai Timbalan PKR masa itu, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali dan Datuk Zuraida Kamaruddin membuat Langkah Sheraton.

Langkah Sheraton itu menyebabkan kerajaan PH tumbang dan memberi laluan kepada Parti Bersatu yang diketuai Tan Sri Muhyiddin Yassin menubuh kerajaan bersama dengan PAS, GPS, GRS serta UMNO kemudiannya.


Kuasa Melayu Islam dan Sokongan Bumiputra Sabah & Sarawak


Walaupun Mahathir akhir membuat keputusan u-turn dalam hal ini, tapi kuasa Melayu Islam makin kuat dan ini sudah pasti akan mmeberikan kekuatan dua pertiga parlimen jika diadakan pilihanraya.

Gabungan UMNO-BERSATU-PAS akan menjadi kuasa kuat.


Anwar dan Pimpinan UMNO dan Sabotaj kerajaan PN


Tapi malangnya Zahid Hamidi main pintu belakang dengan Anwar Ibrahim. Sebahagian pemimpin UMNO telah dihasut dengan perpecahan kononnya ada usaha Bersatu nak hapuskan UMNO. Rancangan antara Anwar dan beberapa pimpinan UMNO telah berlaku yang diketuai oleh Zahid Hamidi.

Ucapan dasar Presiden UMNO Datuk Seri Ahmad Zahid dalam Perhimpunan Agung UMNO 2020 (PAU 2020) yang menyifatkan Bersatu berniat jahat untuk menghapuskan dan menggantikan UMNO.

UMNO mula mengkritik dan menyerang Muhyiddin untuk membuatkan kerajaan nampak tidak stabil dan gagal. UMNO mengkhianati persahabatan dan membuat pakatan sulit dengan Anwar. UMNO kini menjadi Anwar sebagai pimpinan mereka. Segala telunjuk Anwar diikuti.

PAS melihat keadaan ini cuba membetulkan keadaan kemudian menyertai parti itu dan membentuk gabungan Perikatan Nasional (PN). Pada Awalnya MIC juga turut sama tetapi UMNO telah membrikan peringatan, kerana Anwar tidak mahu satu ikatan mengabungan parti-parti ini kerana usaha Anwar untuk mendapatkan pemerintahan menjadi makin sukar.Maka UMNO telah memberikan peringatan kepada MIC.

Maka, kerajaan PN ditubuhkan dengan jumlah sokongan daripada ahli Parlimen Bersatu, ahli Parlimen bekas PKR dan ahli Parlimen Pas walaupun MIC keluar.

UMNO dan BN pula kekal untuk tidak bersama PN, tetapi menyokong Muhyiddin sebagai Perdana Menteri kelapan, dengan Ismail Sabri dilantik Timbalan Perdana Menteri.

Seperti yang dirancangkan oleh Anwar dan Zahid akhirnya kerajaan PN menjadi makin kelam kabut tetapi bertahan kerana UMNO menyerang kerajaan termasuk menteri-menteri mereka sendiri.

Atas dasar untuk meredakan keadaan, TS Muhyiddin bersedia menyerahkan PM kepada Ismail Sabri dari UMNO sebagai Perdana Menteri kesembilan. Tetapi UMNO tidak juga bersyukur dia masih khianat persahabatan ini kerana itulah arahan cikgu Zahid Hamidi.

Ismail Sabril dan rakan yang pro Muafakat Nasional kemudian menamakan kerajaannya sebagai kerajaan PN – Keluarga Malaysia.

Kerajaan Keluarga Malaysia ini oleh UMNO dan BN, tetapi malangnya UMNO Zahid Hamidi masih tak puas hati, kerajaan Ismail Sabri hanya boneka kerana macam-macam arahan dibuat oleh Presiden UMNO sehingga banyak perkara bercanggah dengan dasar PN sebelum ini.

Sifat tamak UMNO ini sangat jelas. Mereka sudah dapat PM tetapi masih tak puas hati dan akhirnya mereka serang PAS walaupun PASlah yang bantu UMNO semasa UMNO rebah merangkak bumi sebelum ini.

Maka, berjalanlah kerajaan yang tidak sempurna kerana gangguan Zahid yang didalami Anwar dibelakang tabir sehingga Ismail Sabri didesak untuk dipecat jika tidak membuat piliharaya. Ismail memutuskan untuk mendapatkan perkenan Tuanku Yang di-Pertuan Agong bagi pembubaran Dewan Rakyat pada 10 Oktober 2022.


UMNO Sengaja Mengecilkan Kemenangan

UMNO mendesak Ismail Sabri membuat PRU, jika tidak jawatannya akan tergugat. Presiden UMNO Zahid Hamidi (Boneka Anwar) mempunyai kuasa menentukan calon.

Bila kerajaan dibubar, Zahid Hamidi mengambil kesempatan membunuh musuh politiknya dalam UMNO. Mereka ini adalah orang yang akan menghalang UMNO bersama PH. Walaupun perkara ini membuatkan UMNO menjadi lemah tetapi Zahid dan beberapa pimpinan UMNO sebelum ini yang telah ada penjanjian dengan Anwar telah memomokkan bahawa mereka akan bertanding secara solo.

Perkara ini didedahkan oleh Presiden PAS, Abdul Hadi Awang bahawa UMNO sengaja mengecilkan kemengan dengan memberikan ruang kepada PH menjadi kerajaan. Tapi malangnya orang UMNO tak percaya.

PAS membantu mereka yang disingkirkan oleh UMNO bertanding atas tiket PN. Walaupun ada pimpinan UMNO mengambil sikap tidak mahu menyakiti UMNO walaupun UMNO mengkhinati orang Melayu Islam dibawah Zahid Hamidi. Mereka seperti Annuar Musa, Noh Omar dll

Disangkakan dengan pembubaran Dewan Rakyat lebih awal dari tamat tempoh penggal PRU 14, UMNO dan BN akan mendapat kembali nyawanya yang lebih separuh hilang itu.

Tetapi, strategi itu telah memakan diri, apabila pada 19 November lalu, UMNO dan BN hanya mampu menang 30 kerusi sahaja. Sebanyak 70 peratus muka baharu semuanya kecundang.

Jika diconggak dan dihitung, riwayat UMNO sekadar tinggal suku nyawa sahaja lagi. Jika tiada usaha dilakukan dari kepimpinan sekarang, tidak mustahil UMNO akan lenyap pada PRU 16 akan datang.

Sejarah menunjukkan sokongan kepada UMNO dan BN semakin hilang sejak 2004. Anak-anak muda yang baru pertama kali mengundi sebaik mencapai umur 18 tahun tidak lagi berminat kepada parti terbesar orang Melayu itu. UMNO parti korupsi, rasuah dan tidak menjaga agama dan bangsa.

Anak mudah melihat UMNO telah rosak teruk dibawah pimpinan Zahid Hamidi yang tak ada maruah diri dan menipu rakyat dan orang UMNO sendiri.


UMNO bodoh membuat perhitungan kerana pengkhianatan Zahid Hamidi

Kalau UMNO mengikut perancangan PAS dalam Muafakat Nasional iaitu gabungan UMNO-PAS-BERSATU sudah tentu selepas PRU15 pakatan ini akan menguasai lebih daripada 130 kerusi.

27 kerusi yang PH memang tipis akan dikuasai oleh pakatan ini dan PH sudah tentu tidak dapat lebih daripada 50 kerusi sahaja. Itu pencapai maksimum dan mungkin kurang lagi.

Anwar sudah pasti akan kecundang di Tambun oleh Peja.

Bila nak bentuk kerajaan sudah pasti PM akan diberikan kepada UMNO kerana dalam gabungan ini yang dominan adalah UMNO. PAS dan BERSATU hanya membantu.

Tapi UMNO tamak haloba dan ada niat jahat disebalik pakatan sulit Anwar-Zahid Hamidi akhirnya UMNO menjadi parti yang merempat mencari simpati dengan istilah 'king maker'. Sejauh mana kuasa king maker ini membantu UMNO bertahan sehingga PRU16?

UMNO berpeluk dengan DAP

Apabila UMNO bersama PH menerima DAP. Isu dalam masyarakat bukan UMNO bersama Anwar atau PH tetapi UMNO bersama DAP. Lebih teruk lagi 'berpeluk dengan DAP' atau 'Bercium Mulut dengan DAP'. Perkara ini walaupun nampak macam suatu perkara serangan musuh UMNO kini PN tetapi rakyat dan ahli UMNO sendiri melihat perkara ini serius.

Bayangkan setelah 60 tahun UMNO dimomok dengan DAP musuh mereka sejak, TAR, Tun Razak, Hussian Onn, Mahathir, Pak Lah, Najib tiba-tiba Zahid Hamidi ber'cium mulut' dengan DAP. Perkara ini telah berakar umbil dalam UMNO, bukan mudah untuk dicabut macam itu sahaja.

Saya suka menarik perhatian pembaca dengan komen Pensyarah Sains Politik Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Muhamad Nadzri Mohamed Noor, berkata kerjasama antara PN-BN dilihat tidak menguntungkan dan berfungsi (functional) kepada Umno dalam jangka masa panjang disebabkan oleh pertindihan demografi yang sama antara Umno, PAS dan Bersatu.

Memang dari segi demografi sama tetapi bukan semua Melayu akan memihak kepada UMNO, sekurang-kurangnya mereka ada pilihan 3 parti Melayu. Jadi dengan ini semua Melayu tak teringgal, dia tak suka UMNO dia boleh ke BERSATU atau PAS. Begitu juga dia tak nak PAS dia ada 2 pilihan lagi samada UMNO atau BERSATU.

Masih ingat bagaimana PAS yang bersungguh untuk menubuhkan parti PKR. Parti PKR itu sebenar berasal daripada parti yang daftarkan oleh Haji Abdul Wahab Yunos, pernah menjadi ahli Parlimen Dungun dan meningggal sebagai pimpinan PAS. Ini kerana walaupun UMNO berpecah tahun 1998 tak semesti mereka boleh terima PAS, jadi mereka ada PKR. Ini bukan macam teori penganalisis sekadar bercakap atas kertas.

Memang demografi sama tetapi sedarkah bawaha UMNO dan PAS ada teras ahli yang dikatakan 'berkarat biru' dan 'berkarat hijau'. Ahli UMNO yang berkarat biru ini, apa-apa berlaku kepada UMNO mereka tak berubah parti, paling kurang pun mereka berdiam diri jika mereka sangat benci kepada pemimpin mereka. Mereka ini sukar bertukar pengangan. PAS tak boleh gugat ahli ini, bergitu UMNO tak boleh gugat ahli ini. Dalam banyak kajian mereka ini sekitar 10-15% berada disetiap kawasan PRU.

Teras ahli ini adalah kekuatan kepada UMNO dan PAS jarang ada pada parti lain. Walaupun PKR ada tak tak banyak.DAP bergantung kepada sikap pengundi Cina, AMANAH ada teras ini melalui IKRAM.

Bila UMNO bersama DAP sebenarnya UMNO telah memecahkan 'karat' ini. Orang Melayu sangat sensetif pasal agama dan bangsa. Ahli teras ini telah mula goyah dan tidak mustahil 10-20% ahli ini boleh berpaling kepada PAS atau BERSATU. Mana hujah demografinya?


Dun Tioman Pahang adalah indikator hayat UMNO


Kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Tioman menjadi tumpuan ekoran jangkaan saingan sengit antara Barisan Nasional (BN) dan Perikatan Nasional (PN) pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15), 7 Disember ini. Pada PRU15 Sabtu lalu, BN menang 16 kerusi DUN, PN 17 kerusi dan Pakatan Harapan (PH) 8 kerusi.

Pahang adalah negari yang UMNO menpunyai teras ahli 'berkarat biru' yang agak tinggi iaitu sekitar 20%. Jika PN boleh pecahkan teras UMNO ini maka UMNO boleh ditahkimkan pada PRU16 nanti.

Keputusan PRU-14 lalu
  • Dimenangi Oleh:
    MOHD JOHARI BIN HUSSAIN
    BARISAN NASIONAL

    Jumlah Undi: 6,662

    Majoriti : 1,280

  • Telah Menewaskan:
    MD YUNUS BIN RAMLI
    PARTI ISLAM SE MALAYSIA

    Jumlah Undi: 5,382

  • Telah Menewaskan:
    CIKGU SAZILI MOHD NOR
    PARTI KEADILAN RAKYAT

    Jumlah Undi: 3,029

  • Telah Hilang Diposit:
    IMAM ZUL
    BEBAS

    Jumlah Undi: 58

Apakah UMNO + PH boleh bertahan bilangan undi. Jika mereka berkurangan atau kalah walaupun mereka bergabung, ini bermakna makin cepat UMNO akan dikubur. Kita lihat nanti.


Kesimpulan


UMNO yang berterusan bertelagah sesama sendiri sejak sekian lama dan makin parah sekarang ini. UMNO mempunyai pimpinan yang korup, rasuah dan sekadar mengisi perut kerabat dan kroni.Apatah lagi suara akar umbi dalam UMNO sudah diketepikan. Prinsip perjuangan UMNO telah dibakul sampahkan. UMNO mementingkan jawatan dan pangkat daripada perjuangan maka tidak hairan orang UMNO akan berpaling kepada BERSATU dan PAS.

Masa itu, yakni selepas PRU16 nanti kita akan menziarahi kubur UMNO.


........
Komen: Innalillah...




............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                         ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo