NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Khlir akhirnya dapat watikah untuk jadi calon PN di Ketereh


PRU15 | Akhirnya dokumen yang dinanti sudah tiba. Penantian calon Perikatan Nasional (PN) bagi kerusi Ketereh berakhir malam ini - hanya kira-kira 12 jam sebelum dia mungkin berputih mata.

Menurut Khlir Mohd Nor dia dijadual menerima watikah untuk menjadi calon PN dalam satu majlis untuknya kira-kira jam 9 malam ini.

"Saya bersyukur kerana parti saya, Bersatu, memberi kepercayaan kepada saya, alhamdulillah.

"Terima kasih juga kepada kepimpinan PAS yang telah bersetuju untuk mencalonkan saya," katanya kepada Malaysiakini malam ini.

Siang tadi Malaysiakini melaporkan bagaimana Khlir berasa dia seperti mahu dimalukan apabila masih tidak mendapat watikah untuk menjadi calon daripada Presiden PAS Abdul Hadi Awang ketika orang lain sudah memilikinya.

Ia juga mencetuskan spekulasi mengenai kemungkinan penyandang kerusi itu - Annuar Musa - yang digugurkan BN akan menjadi pertaruhan PN.

Annuar yang juga bekas setiausaha agung Umno sebelum ini secara berkias menunjukkan tanda-tanda yang dia tidak senang dengan keputusan kepemimpinan tertinggi Umno-BN yang memilih Ketua Puteri Umno Kelantan, Marzuani Ardila Ariffin, sebagai penggantinya.

Marzuani juga merupakan ketua Puteri Umno Ketereh.

Spekulasi mengenai ‘penghijrahan’ beberapa tokoh kanan Umno itu turut dimarakkan oleh kenyataan Abdul Hadi di Rusila, Marang malam semalam.

Kata Abdul Hadi, selain Shahidan Kassim (Arau) dan Ismail Abd Muttalib (Maran) yang bersetuju bertanding sebagai calon PN, ada beberapa nama lain sedang menunggu masa diisytiharkan menyokong gabungan tersebut.

Petang tadi bagaimanapun Annuar memutuskan dia enggan menerima tawaran daripada parti lain untuk bertanding di kerusi Ketereh.

Sebaliknya dia mengumumkan untuk setia bersama Umno.

"Tetapi Khlir pun kawan saya, kenapa saya nak potong rezeki dia?

"Jadi saya beritahu kepada kawan-kawan serta parti yang nak bawa saya, jangan bergaduh sesama mereka, cukuplah Umno bergaduh sesama Umno kerana saya.

"Tak naklah saya begitu jadi nanti akhirnya saya menyebabkan banyak orang susah, lebih baik saya susah seorang,” katanya.

[Laporan lanjut menyusul]


Sumber I Malaysiakini 



............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                         ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo