NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Ketua Penerangan Wanita BN selar kepimpinan BN gagal tepati janji 30% calon wanita

30% CALON WANITA

DASAR DAN KEPUTUSAN PUCUK PIMPINAN BN GAGAL DITERJEMAH 

Beberapa  kali telah disuarakan sehingga membawa kepada ketetapan oleh MKT UMNO dan Janji Pucuk Pimpinan Barisan Nasional untuk laksanakan 30 Peratus calon wanita tetap gagal diiikuti dan diterjemah oleh Barisan Nasional. 

Kuota 30% peratus calon wanita ini seperti nampak dipandang enteng oleh pucuk pimpinan Barisan Nasional dan perkara ini sewajarnya tidak berlaku pada Pilihanraya Umum ke-15 (PRU15).

Apakah pucuk pimpinan BN lupa bahawa calon wanita adalah salah satu faktor kemenangan kepada Barisan Nasional? 

Adakah Pucuk pimpinan lupa janji tersebut ditagih oleh kesemua wanita dan pengundi wanita di negara ini? 

Jika tidak mahu melaksanakan 30 Peratus Calon Wanita, adalah tidak perlu MKT UMNO dan keputusan Majlis Tertinggi BN yang menyatakan komitmen untuk meletakkan sekurang-kurangnya 30% penglibatan Calon wanita dalam Pilihanraya Umum ke 15 yang lepas. 

Apakah kita perlu berdiam diri dengan pendirian sebegini yang telah sebegitu lama dijanjikan 
angan -angan kosong oleh pucuk pimpinan? 

Jelas bahawa Pucuk Pimpinan lemah dan tidak mengiktiraf dan memberikan kepercayaan penuh kepada Wanita BN untuk bersama-sama mengambil bahagian dalam pimpinan arus perdana negara.

Kecewa dengan keputusan hanya 11% sahaja yang dicalon dikalangan wanita dan tidak sepatutnya begitu. 

Keprihatinan kepada isu ini oleh pucuk pimpinan boleh katakan hanya “batuk di tepi tangga”  kerana mereka tahu ramai wanita mempunyai bakat, iltizam dan potensi untuk memimpin serta berkhidmat untuk rakyat dan negara tetapi gagal diketengahkan.

Wanita gagal jadi calon WALI!

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo