Selepas dikecam teruk susulan tular rakaman video Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi memeluk pengasas Barisan Bertindak Hak Asasi Hindu (Hindraf), P Waytha Moorthy baru-baru ini, kini Datuk Asyraf Wajdi Dusuki tampil mempertahankan Presiden UMNO tersebut.
Ketua Pemuda UMNO itu nampaknya bangga apabila pengasas Hindraf itu menyokong Barisan Nasional (BN) untuk menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) lalu walaupun sebelum ini paling lantang mengecam Waytha.
“Sokongan Waytha Moorthy kepada BN hari ini adalah kerana beliau yakin BN boleh menjaga kebajikan kaum India.
“Tapi sebenarnya tanpa Hindraf sekalipun, UMNO dan BN selama ini
sentiasa memberikan tumpuan kepada kebajikan kaum itu,” katanya dalam
satu kenyataan dimuat naik melalui akaun media sosialnya malam tadi.
Justeru, beliau berkata, adalah aneh apabila UMNO dituduh mengiktiraf Konvensyen Antarabangsa mengenai Penghapusan Segala Bentuk Diskriminasi Kaum (ICERD) hanya kerana Waytha Moorthy sudah menyokong BN.
Asyraf Wajdi berkata, UMNO pula tetap konsisten dengan pendirian teguh bagi mempertahankan soal kedudukan Raja-Raja Melayu, Hak Keistimewaan Bumiputera serta Kesucian Agama Islam seperti yang tertakluk dalam Perlembagaan Persekutuan.
Untuk rekod, Pemuda UMNO sebelum ini paling lantang mengkritik Waytha semasa menjadi menteri dibawah kerajaan Pakatan Harapan (PH) lalu.
Malah, puluhan laporan polis dibuat oleh Pemuda UMNO terhadap Waytha
sebelum ini atas dakwaan cuba menggugat kesucian Islam dan menghina
orang Melayu.
....
http://asamboi.net
............oo000oo........... PENAFIAN 1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit. ...oo... |
No comments
Post a Comment