NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Kes Rosmah: Pendakwaan mungkin panggil 15 saksi


Pihak pendakwaan memohon untuk memanggil antara 13 dan 14 saksi untuk memberi keterangan terhadap Rosmah Mansor dalam perbicaraan pengubahan wang haram dan pengelakan cukai berjumlah RM7 juta.

Timbalan pendakwa raya Poh Yi Ting berkata demikian semasa sebutan kes Rosmah di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pagi ini.

"Kami bercadang memanggil antara 13 dan 14 saksi sepanjang dua hingga tiga minggu perbicaraan," katanya kepada hakim yang mengendalikan perbicaraan tersebut, Mohamed Zaini Mazlan.

Hakim kemudian meminta semua pihak, termasuk peguam Rosmah, Revin Kumar, untuk menetapkan tarikh yang sesuai untuk mereka menjalankan perbicaraan penuh kes tersebut.

Zaini berkata mahkamah sedang mempertimbangkan antara 14 dan 15 hari untuk perbicaraan penuh pada Feb tahun depan.

Revin memaklumkan dia perlu terlebih dahulu merujuk peguam bela Geethan Ram Vincent mengenai tarikh yang sesuai untuk perbicaraan.

Ketika ini, Zaini mengingatkan pihak pendakwaan dan pembelaan supaya berusaha menetapkan tarikh tersebut seawal mungkin memandangkan perbicaraan itu telah berlangsung sejak empat tahun lalu.

“Beri keutamaan kes ini kerana ia adalah kes 2018, bermakna ia sudah empat tahun.

"Kes ini perlu diberi keutamaan berbanding mana-mana kes lain (yang mungkin ada pada pihak pendakwaan atau pembelaan),” kata hakim itu.

Mahkamah kemudian menetapkan 1 Dis untuk sebutan lanjut kes terhadap isteri bekas perdana menteri itu.

Rosmah mempunyai rayuan yang belum selesai di Mahkamah Rayuan untuk mengetepikan Zaini daripada mendengar perbicaraan kes pengubahan wang haram dan pengelakan cukai.







........
Komen: ........




............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                         ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo