NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Kerusi Parlimen bukan milik komponen, ia milik BN – Asyraf


Ketua Pergerakan Pemuda UMNO, Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki hadir pada Mesyuarat Khas Majlis Kerja Tertinggi UMNO l di Menara Dato' Onn, Pusat Dagangan Dunia (WTCKL), Kuala Lumpur. MUHD NA’IM, 23 NOVEMBER 2022.

KUALA LUMPUR – Semua calon Barisan Nasional (BN) yang memenangi kerusi yang ditandingi  dalam pilihan raya adalah milik BN bukan milik parti-parti komponen. 

Ketua Pemuda Pergerakan UMNO, Datuk Asyraf Wajdi Dusuki berkata, calon BN ketika menerima watikah pelantikan pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) perlu menandatangani empat dokumen iaitu surat tawaran, perjanjian pencalonan dan akujanji serta akuan bersumpah (SD).


“Secara kolektifnya, semua dokumen perundangan ini memberikan implikasi dan kerusi yang ditanding oleh mana-mana ahli Parlimen bukan milik peribadi mahu pun parti komponen, sebaliknya ia milik BN.

“Ia tertakluk kepada terma tertentu termasuk dokumen terbabit secara jelas memberikan mandat kepada presiden dan Pengerusi BN secara progresif untuk berunding soal pembentukan kerajaan atau pencalonan perdana menteri,” katanya ketika ditemui media di pintu masuk Menara Dato’ Onn malam ini. 

Asyraf berkata demikan mengulas sokongan 10 ahli Parlimen BN terhadap Perikatan Nasional (PN) yang didedahkan beliau dalam Facebooknya. 

Asyraf sebelum itu berkata, Pakatan Harapan (PH) disifatkan lebih budiman berbanding PN berhubung kerjasama membentuk kerajaan Persekutuan.


Malah beliau berkata, PH lebih beradab kerana mahu membuat pertemuan rasmi dengan kepimpinan BN untuk mengadakan perbincangan.

Dalam pada itu, Asyraf berkata, mana-mana individu secara automatik bersetuju melepaskan jawatan atau keahliannya, jika melanggar atau memberikan sokongan kepada calon Perdana Menteri daripada gabungan parti politik yang tidak dipersetujui BN.

Sehubungan itu, katanya, tidak timbul isu mana-mana Ahli Parlimen dipaksa menandatangani SD kerana keseluruhan proses berkenaan perlu dibuat dihadapan pesuruhjaya sumpah dan peguam.

“Apabila (mereka) melanggar sebarang ketetapan parti, sekali gus secara automatik mereka perlu mengosongkan kerusi dimenanginya. Mungkin 10 (Ahli Parlimen BN) ini terlupa, namun Dewan Tertinggi BN sudah membatalkan SD sekali gus menyatakan pendirian mereka menarik balik sokongan.


“Sebab inilah Istana Negara menjelaskan Tan Sri Muhyiddin Yassin (Pengerusi PN) tidak memiliki majoriti untuk mengangkat sumpah jawatan Perdana Menteri Ke-10, biar pun beliau menyatakan ada sokongan 115 ahli Parlimen ketika sesi menghadap Yang di-Pertuan Agong, sebelum ini,” katanya lagi. – MalaysiaGazette






Komen: ........




............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                         ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo