NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Kerjasama PN-BN tidak akan berlaku lagi, kata Hadi


Timbalan Pengerusi Perikatan Nasional (PN), Abdul Hadi Awang menegaskan bahawa kerjasama dengan BN tidak akan berlaku sama sekali.

Dia yang juga adalah presiden PAS berkata, PN akan berusaha untuk mendapatkan majoriti kerusi di Parlimen pada hari penentuan esok.

"Dasar kita, kita tidak akan bersama dengan parti yang agresif, yang ekstrem seperti Pakatan Harapan dan parti yang tidak bersih daripada rasuah.

“Kita tidak buat rasuah dan kita tidak akan ikut (perbuatan itu)," katanya yang dipetik Bernama.

Dia sebelum itu menghadiri program Jelajah PN Best Grand Finale PRU15 di Padang Astaka dekat Chukai malam tadi.

Media sebelum ini memetik Setiausaha Agung PAS, Takiyuddin Hassan yang menyatakan kemungkinan PN membentuk kerajaan persekutuan dengan BN jika gagal memenangi kerusi mencukupi pada 19 Nov ini.

Katanya, dia yakin PN dapat membentuk kerajaan persekutuan sama ada secara sendirian atau gabungan dengan pihak lain termasuk BN.

Susulan kenyataan itu Pengerusi PN Muhyiddin Yassin menyanggahnya dan berkata dia tidak pernah memberi mandat kepada Setiausaha Agung PAS Takiyuddin Hassan, untuk bertindak sedemikian.

Hadi kemudiannya dilaporkan berkata PAS rela menjadi pembangkang jika PN gagal mendapat majoriti mudah untuk membentuk kerajaan pada PRU15 ini.

Pada ceramahnya, malam tadi, Hadi juga mengingatkan saf kepimpinan parti supaya tidak terlibat dengan sebarang provokasi.

Sebaliknya, dia menasihatkan mereka supaya mengambil pendekatan damai dalam menyampaikan mesej selaras dengan dasar 'menerang dan bukannya menyerang.'

Katanya jika terdapat pemimpin yang dilihat agresif dan bertentangan dengan dasar tersebut, mereka akan disekat daripada menyampaikan sebarang mesej seperti ceramah dan akan dipantau.

"Itulah konsep dan prinsip yang kita bawa. Mana-mana kalangan kita yang mengambil pendekatan 'menyerang,' kita 'gam.' Hentikannya daripada berceramah.

“Tindakan itu ada, kita tidak mahu (perkara sedemikian) kerana PAS adalah parti demokratik dan aman sejak dahulu lagi.

"Kita hentikan dia berceramah termasuk menulis (di media sosial)," katanya.


Sumber I Malaysiakini 




............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                         ...oo...


No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo