NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Kerjasama BN-PH lebih berdaya saing, kata penganalisis


Brdaya Saing kononnya, tunggu PRU16 entah-entah tinggal 10 kerusi aje BN. Belum lagi buat keputusan bendera UMNO ahlinya dah bakar. Selapas ni bangunan UMNO pula kena bakar oleh ahli. Pakar analisis setakat cakap  teori sembunyi agenda takut kepada PAS berada dalam kerajaan.. hingga keluar idea merapu.
-- Editor
........

SHAH ALAM -
Penganalisis politik berpandangan gabungan BN bersama Pakatan Harapan (PH) lebih berdaya saing berbanding jika bersama Perikatan Nasional (PN).

Ketua Program Sains Politik Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Dr Muhamad Nadzri Mohamed Noor berkata, meskipun perbezaan ideologi antara BN dan PH, namun ia memberi kelebihan kepada kedua-dua gabungan itu dalam menubuhkan kerajaan, yang disifatkan lebih baik dan bertahan lama.

"Jika BN bersama PH walaupun dari segi ideologi itu nampaknya bertentangan sedikit kerana identiti politik UMNO dan PKR pula pelbagai kaum. Dari segi pakatan, PN dgn PH itu agak 'centric' cuma BN 'centric' ke kanan dan PH ke kiri.

"Selain itu, PKR dan UMNO, BN dan PH mereka tidak berebut kawasan yang sama. PH popular di bandar dan elit urban sementara UMNO luar bandar dan kawasan majoriti Melayu.

"Bila PH berpakat dengan BN untuk menubuhkan kerajaan nampak gayanya lebih berdaya saing dan bertahan lama. Mungkin boleh dikompromikan," katanya kepada Sinar Harian pada Isnin.

Bagaimanapun, Muhammad Nadzri berkata, kerjasama antara BN dan PN juga dilihat dapat mengukuhkan sistem kepartian dan ideologi perjuangan, namun ketidaksefahaman dalam menentukan komposisi dalam kawasan majoriti Melayu menjadi halangan kepada mereka.

"Jika BN bersama PN secara ideologinya lebih dekat, kerana mereka mempunyai perjuangan yang hampir sama iaitu berteraskan kepada kepentingan Melayu Islam.

"Memang elok parti yang mempunyai ideologi yang hampir sama ini berpakat dan bersaing dengan ideologi yang berbeza (PH). Ini mengukuhkan sistem kepartian dan ideologi.

"Namun, kekurangan BN dan PN pula, apabila mereka merebut komposisi masyarakat yang sama iaitu kawasan majoriti orang Melayu baik BN, Bersatu ataupun Pas," ujarnya.

Justeru, menurut beliau, apabila BN dan PN tidak boleh membahagikan kawasan secara adil maka tercetus perebutan yang boleh memakan diri sesama mereka.

"(Tetapi) Yang nampak sekarang ini kepentingan UMNO/BN-PKR/PH selari ketika ini yang memungkinkan mereka bergabung. Jadi, kepentingan bersama PH itu (dilihat) pucuk pimpinan UMNO lebih tinggi berbanding PN," katanya.





............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                         ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo