NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Kerana Air - Pelaburan Dan Ekonomi Kelantan Menjadi Terbantut Selama 30 Tahun


1) Pulau Pinang, Selangor, Pahang, Kedah, Sabah, Sarawak... semuanya diberi geran berbilion-bilion untuk memastikan bekalan air bersih cukup dan sampai kepada rakyat tanpa sebarang gangguan. tetapi, Kelantan dinafikan hak selama 30 tahun untuk mendapat geran dan peruntukan berbilion ini hanya kerana dendam orang politik.




 

2) Apabila sistem bekalan air uzur dan lapuk, air tidak dapat disalurkan dengan sempurna - bahkan air menjadi keruh dan kotor - bukan sahaja menyebabkan rakyat Kelantan mengalami kesukaran dalam aktiviti harian, malahan para pelabur luar juga enggan membawa masuk pelaburan ke negeri Kelantan.

3) Antara faktor utama yang pihak pelabur luar mahu masuk melabur adalah kelestarian sumber tenaga dan sumber air. Tanpa sumber tenaga dan sistem bekalan air yang efisien, para pelabur tidak akan mengambil risiko untuk membawa pelaburan masuk ke Kelantan.

4) Lihatlah betapa cemasnya Pulau Pinang apabila mengalami masalah bekalan air (walaupun telah dibantu berbilion-bilionoleh Pusat). Pulau Pinang bimbang pelabur-pelabur industri sedia ada akan lari jika masalah bekalan air tidak diselesaikan. Terbinalah Empangan Mekuang untuk menampung pertambahan penduduk dan industri. MB Kedah acah mahu belat Sungai Muda pun Pulau Pinang sudah gelabah - menandakan bekalan air sangat penting untuk pelaburan dan perindustrian.

5) Maka apa halnya orang sering menyalahkan kerajaan negeri sebagai tak pandai tarik pelaburan, tak reti jana ekonomi, asyik fikir membalak sahaja... padahal industri terutama bidang pembuatan - tak mampu untuk dibawa masuk kerana masalah air - selain kekerapan banjir besar. Bab banjir besar pula adalah satu topik yang lain, yang juga memerlukan bantuan Pusat berbilion-bilion (kerana dinafikan selama berpuluh tahun).

6) Dengan takdir Allah, akhirnya PAS dapat meletakkan seorang menteri di pusat (KASA) atas doa dan rintihan rakyat Kelantan. Menteri KASA daripada PAS dengan pantas dan segera membuat semakan dan akhirnya meluluskan geran awal RM1.7 bilion untuk membina loji-loji baharu di Kelantan.

7) RM7 bilion awal diperlukan untuk menggantikan sistem paip yang uzur dan lapuk di seluruh Kelantan (dianggarkan 4000 km), jika dimulakan hari ini, akan mengambil masa RM40 tahun untuk siap sepenuhnya (jika sejak 30 tahun dahulu diselenggara dengan baik, pastilah masalah air serta kos tidak sebesar ini).

8 ) Kelantan sudah ketinggalan jauh berbanding negeri-negeri lain dalam bidang perindustrian dan pelaburan hanya kerana dendam politik yang bersambung dari satu penggal ke satu penggal yang lain.

9) Untuk selamatkan Kelantan, maka kerajaan pusat haruslah ditadbir oleh pihak yang sehaluan dengan Kerajaan Negeri selepas PRU15 ini, kerana kerajaan negeri belum dibubarkan. Jika BN menang besar, apakah kejadian 1990 dahulu akan berulang kembali? Jika PH menang juga, belum tentu projek yang telah diluluskan akan berjalan baik kerana PH juga ada rekod membatalkan projek besar.

Sekian
Dr Tanaka Mustafa



............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                         ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo