NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Kerajaan Perpaduan diketuai PH, politik Sabah goyang?


KOTA KINABALU:
Pembentukan Kerajaan Perpaduan yang diketuai Pakatan Harapan (PH) mungkin dilihat sebagai penyelesaian terbaik kepada kemelut politik negara.

Namun, situasi itu dilihat mampu mengugat kedudukan kerajaan Gabungan Rakyat Sabah (GRS) dan Barisan Nasional (BN) di Sabah.

GRS yang diketuai oleh Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) adalah sebahagian daripada Perikatan Nasional (PN) di peringkat nasional.

Bercakap kepada Utusan Malaysia, Pensyarah Kanan Politik Ekonomi Universiti Teknologi MARA (UiTM) Sabah, Dr. Firdausi Suffian berkata, pada awalnya GRS menyatakan sokongan terhadap Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai Perdana Menteri.

Malah, sekiranya kerajaan Persekutuan diterajui oleh PH dan BN, berkemungkinan BN akan menarik sokongan di Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah dan BN mempunyai jumlah kerusi yang mencukupi sekiranya bergabung dengan PH dan Parti Warisan (Warisan) di peringkat DUN.

Namun, jika GRS bersama Gabungan Parti Sarawak (GPS) dalam Blok Borneo bekerjasama dengan mana-mana parti yang akan membentuk kerajaan di peringkat Persekutuan maka, pertukaran kerajaan di negeri Sabah tidak akan berlaku.

“Sekiranya Hajiji (Datuk Seri Hajiji Noor) bergabung dalam Blok Borneo bagi menyokong siapa pun kerajaan Persekutuan, ia dapat mengelak berlaku pergolakan politik di peringkat negeri Sabah.

“Saya rasa Hajiji cukup bijak dalam memastikan keadaan di Sabah tidak tergugat kerana kita faham pertukaran kerajaan akan memberi impak kepada ekonomi.

“Saya percaya Ketua Menteri Sabah itu bersikap rasional untuk bergabung dengan GPS dalam Blok Borneo dan menyokong kerajaan Persekutuan.

“Seandainya PH dan BN bergabung membentuk kerajaan perpaduan maka, GPS melalui akan memberi sokongan dan secara tidak langsung, GRS yang berada dalam Blok Borneo juga akan turut menyokong,” katanya.

Jika keadaan itu berlaku maka, pergolakan politik di Sabah dapat dielakkan kerana GRS masih menykong kerajaan yang dibentuk di peringkat Persekutuan. Malah, sehingga kini, kerajaan GRS saling bekerjasama dengan BN di peringkat negeri maka, kerjasama itu dijangka akan berterusan demi kestabilan politik di Sabah.

Ketika ini, blok kerajaan di Sabah masih berada pada kedudukan selesa dengan 53 daripada 79 kerusi DUN termasuk enam Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Dilantik. –UTUSAN







Komen: ........




............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                         ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo