ANWAR Ibrahim dilantik perdana menteri hari ini walaupun Pakatan Harapan (PH) hanya mendapat 82 kerusi, disebabkan rancangan bersama dengan Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi yang menghadapi tuduhan rasuah.
Anwar menjadi PM bukan dengan sokongan majoriti rakyat tetapi melalui pencaturan politik dengan BN, dimana Anwar berjanji kepada rakyat semasa kempen tidak akan bergabung dengan BN yang terpalit dengan skandal dan rasuah.
Lain daripada Muhyiddin Yassin yang enggan berurusan dengan Zahid, atau pun menggugurkan tuduhan rasuah terhadap beliau semasa Muhyiddin Yassin memegang jawatan PM.
Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menitah bahawa kerajaan perpaduan (unity) perlu dibentuk.
Kerajaan yang baru dibentuk dengan Anwar sebagai PM bukan kerajaan perpaduan. Ini adalah kerana gabungan politik yang mewakili orang Melayu iaitu PN tidak sebahagian dari kerajaan PH-BN ini yang didominasi DAP yang adalah parti terbesar kerajaan baru dengan 40 kerusi.
Oleh demikian kerajaan baru di bawah Anwar dan DAP tidak mempunyai keabsahan moral. – 24 November, 2022.
Ahmad Faizal Azumu,
Timbalan Presiden Bersatu.
Komen: ........
............oo000oo........... PENAFIAN 1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit. ...oo... |
No comments
Post a Comment