Keputusan UMNO untuk menyokong pembentukan kerajaan dengan Pakatan Harapan (PH) bersama DAP di dalamnya tidak menyentuh berhubung akuan berkanun (SD) yang sepatutnya dihantar sebagai bukti sokongan untuk melantik seseorang Perdana Menteri (PM).
Pendirian UMNO malam tadi dilihat membelakangi ketetapan yang dibuat semasa Perhimpunan Agung (PAU) sebelum ini dan Presidennya, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi juga pada masa sama didakwa menghantar surat sokongan yang cuba menipu Yang di-Pertuan Agong semalam.
Dalam melantik seseorang PM, sokongan majoriti diperlukan dan perlu disertakan bersama SD sebagai bukti dan Majlis Tertinggi UMNO hanya membuat pendirian mereka yang tidak disertai dengan bukti SD oleh Ahli Parlimen Barisan Nasional (BN).
Pendirian parti tanpa bukti SD dihantar untuk menyokong Pengerusi Pakatan Harapan (PH), Datuk Seri Anwar Ibrahim masih tidak mencukupi untuk menjadikannya seorang PM Ke-10.
Sepatutnya dalam kenyataan media dikeluarkan oleh Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan malam tadi menyatakan dengan jelas semua MP BN juga sudah menandatangani SD menyokong Anwar sebagai PM ke-10, namun tiada ada satu perenggan pun yang menyatakan demikian.
MT UMNO hanya membuat pendirian untuk menyertai kerajaan perpaduan yang dicadangkan oleh Yang di-Pertuan Agong dan ia bukan titah yang menuntut untuk dipatuhi seperti yang ditafsir oleh Zahid dan cikgunya, Anwar.
Dalam memilih seseorang PM, perkara penting diperlukan adalah sokongan majoriti dan perlu dibuktikan dengan dokumen sokongan sebagai kesahihan.
Jadi dimana dokumen sahih yang menunjukkan MP BN menyokong Anwar sebagai PM? Kenapa Ahmad atau Mat Maslan tidak menyatakan berapa SD yang sudah ditandatangani untuk menyokong Anwar sebagai PM?
Setakat ini satu-satunya gabungan parti politik yang sudah menghantar SD ke Istana Negara adalah Perikatan Nasional (PN), ia juga merupakan satu-satunya dokumen sahih yang menunjukkan seseorang itu sudah memiliki majoriti untuk dilantik sebagai PM ke-10.
Dalam pada itu, beberapa MP BN sebelum ini sudah menyatakan kesediaan mereka dipecat parti sekiranya tidak mahu mengikut keputusan MT UMNO yang dilihat membelakangi ketetapan dibuat semasa PAU dan selepas ini krisis dalaman parti tersebut pula bakal menyusul.
Zahid mungkin sudah tiada jalan lain kerana sudah tunduk kepada cikgunya, tetapi tidak ahli-ahli UMNO lain yang masih mempunyai maruah dan prinsip tidak mengadaikan sesuka hati demi memuaskan nafsu seorang ketua yang mempunyai kepentingan peribadi.
Jika MT UMNO membuat keputusan sehingga mengabaikan prinsip mereka sendiri, ahli-ahli UMNO lain juga sedia membuang parti keramat tersebut ke dalam laut dalam selepas ini.
Zahid mengambil langkah jalan pendek dan mahu merosakkan parti itu dengan sendirinya, nampaknya betul lah ramalan Tun Dr Mahathir Mohamad bahawa parti itu akan hancur lenyap selepas ini.
....
http://kachipemas.blogspot.com/
Komen: ........
............oo000oo........... PENAFIAN 1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit. ...oo... |
No comments
Post a Comment