NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Kecewa dengan Ketua Bahagian UMNO Balik Pulau, 100 ahli keluar parti, bubar cawangan


BALIK PULAU :
Kira-kira 100 ahli UMNO Cawangan Matahari Naik di sini mengumumkan keluar parti serta-merta, sekali gus membubarkan cawangan tersebut pada Ahad.

Ketua cawangannya, Razali Ismail mendakwa Bahagian UMNO Balik Pulau yang dipimpin Datuk Shah Headan Ayoob Shah sudah lumpuh dan menjangkakan akan ada lagi cawangan yang akan mengikut jejak mereka sebelum Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) ini.

Beliau menyatakan hilang kepercayaan terhadap Shah Headan yang juga Ketua Bahagian UMNO itu kerana tidak mengambil peduli kewujudan cawangan serta kebajikan ahli sejak setahun lalu.

"Tiada sebarang keistimewaan kepada ahli atau aktiviti dilakukan di cawangan ini.

"Malah sumbangan 300 telefon pintar yang diberikan pada setiap tahun kepada penduduk di sini adalah hasil sumbangan sesama ahli, UMNO tidak ambil peduli langsung," katanya pada sidang media di sini pada Ahad.

Mengulas lanjut Razali turut menyatakan kekecewaan dengan Shah Headan yang tidak mengunjunginya atau bertanya khabar tentang dirinya setelah terlibat dalam kemalangan yang menyebabkan dia hilang upaya kekal tangan kanan.

"Ini adalah keputusan sebulat suara daripada semua ahli dan bukan keputusan peribadi saya," tambahnya lagi.

Dalam pada itu, Razali turut menyatakan beralih sokongan kepada calon bebas Parlimen Balik Pulau, Datuk Seri Sabaruddin Ahmad yang juga anak jati Balik Pulau.

"Beliaulah (Sabaruddin) yang menolong saya dan ahli-ahli yang lain sejak berpuluh tahun," ujarnya lagi.

Shah Headan bakal berdepan dengan persaingan enam penjuru dengan Datuk Muhammad Bakhtiar Wan Chik (Pakatan Harapan), Datuk Seri Johnny c'Hng Ewe Gee (Bebas), Muhammad Harris Idaham Abdul Rashid (Perikatan Nasional), Sabaruddin (Bebas) dan Ahmad Fazli Mohamad dari PEJUANG pada PRU15 ini.



............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                         ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo