NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Keabsahan Anwar perlu tamat di Dewan Rakyat, kata Amirudin



KAJANG:
Menteri Besar Selangor Amirudin Shari berkata keabsahan Anwar Ibrahim sebagai perdana menteri perlu ditamatkan di Dewan Rakyat pada 19 Dis ini.

Amirudin yang juga Ahli Parlimen Gombak berkata, undi percaya terhadap perdana menteri perlu kerana tidak mahu kerajaan hari ini terus dipertikaikan.

“Saya rasa perlu, dan itu adalah kebijaksanaan Anwar kerana kita tak nak lagi dipertikai supaya keabsahan pentadbiran dapat diuruskan.

“Kita tak nak menjadi sebagaimana yang berlaku pada pentadbiran sebelum ini. Keabsahan pentadbiran menjadi terlalu panjang sehingga orang pertikaikan, ikut nombor dan sebagainya,” katanya selepas menyempurnakan majlis penutup kejohanan MASISWA Networking Games 2022.

Khamis lalu, Anwar mengangkat sumpah sebagai perdana menteri ke-10 selepas mendapat sokongan Barisan Nasional (BN) dan blok parti dari Borneo untuk membentuk kerajaan perpaduan sekali gus menamatkan krisis politik selepas tiada parti mendapat majoriti mudah pada PRU15.

Dalam sidang media pertamanya sebagai perdana menteri, Anwar berkata beliau akan “menguji” majoriti yang dimilikinya dengan mencadangkan usul percaya di Dewan Rakyat.

Pengerusi Perikatan Nasional (PN) Muhyiddin Yassin sebelum ini mempertikaikan sokongan dimiliki Anwar dan mendakwa PN mempunyai sokongan mencukupi untuk membentuk kerajaan.






........
Komen: ........




............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                         ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo