NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Kanser tahap 4 bukan halangan wanita genggam PhD

Anis Mardiana Abdullah turut dipilih sebagai penerima Anugerah Hadiah Buku Inovasi Malaysia Technology Development Corporation (MTDC). (Gambar Bernama)


SHAH ALAM: Biarpun disahkan menghidap kanser kolon atau usus tahap empat sejak dua minggu lalu, ia tidak mematahkan semangat Anis Mardiana Abdullah hadir bagi mengambil skrol ijazah doktor falsafah (PhD) pada Konvokesyen ke-95 Universiti Teknologi Mara (UiTM), hari ini.

Anis, 45, yang kini tidak boleh berdiri dalam tempoh lama akibat penyakit dihadapinya itu, tetap menggagahkan diri untuk berdiri ketika menerima skrol PhD dalam bidang pengangkutan dan logistik daripada Pro-Canselor UiTM, Tengku Permaisuri Selangor, Tengku Permaisuri Norashikin.

Ibu satu anak itu berkata beliau tidak mahu menyusahkan pihak universiti untuk menolaknya di atas kerusi roda, selain mahu cuba bertahan untuk berdiri pada hari bersejarahnya.

Katanya, beliau turut tidak menyangka namanya dipilih sebagai penerima Anugerah Hadiah Buku Inovasi Malaysia Technology Development Corporation (MTDC).

“Masa saya belajar (PhD), saya tidak mempunyai simptom yang teruk hanya tangan yang menggeletar ketika menulis, yang saya sangka ia disebabkan ‘stress’.

“Lepas tamat belajar, saya membuat pemeriksaan dan mendapati saya menghidapi kanser tiroid. Tetapi, disebabkan kesihatan saya bertambah teruk, saya pergi membuat pemeriksaan lanjut dan doktor sahkan saya ada kanser kolon tahap empat,” katanya kepada pemberita selepas majlis konvokesyen.

Anis berkata, beliau akan menjalani pembedahan berkaitan penyakitnya itu minggu depan di Hospital Canselor Tuanku Muhriz UKM (HCTM), Cheras, Kuala Lumpur.

“Kalau ikut kata doktor sudah lama penyakit ini, tetapi, kita tidak rasa sakit. Saya berharap pembedahan berjalan lancar,” katanya.


Sumber I FMT Malaysia 





........
Komen: ........




............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                         ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo