NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Kali pertama tanding atas tiket PN, Hamzah berdepan saingan 4 penjuru di Larut


LARUT:
Kerusi Parlimen Larut yang disandang Hamzah Zainudin selama tiga penggal menyaksikan pertembungan empat penjuru pada PRU15.

Hamzah yang kali ini mempertahankan kerusi tersebut atas tiket PN dicabar Ketua Penerangan Pemuda Umno Larut Shafiq Fhadly Mahmud (BN), penasihat syariah Amanah Zolkarnain Abidin (PH) serta calon Pejuang, Auzaie Fadzlan Shahidi.

Senarai rasmi calon itu diumumkan oleh Pegawai Pilihan Raya Larut Mustoffa Aliman di Pejabat Tanah dan Daerah Selama selepas proses penamaan calon tamat pada 10 pagi tadi.

Kira-kira 1,000 penyokong parti bertanding berkumpul di perkarangan kompleks itu sejak 7 pagi dengan suasana cukup harmoni apabila pihak SPR memisahkan laluan masuk calon dan tempat berkumpul penyokong parti bertanding.

BN sebelum ini mempertaruhkan pendakwah bebas, Kazim Elias untuk berdepan Hamzah di Parlimen Larut. Namun, Kazim menarik diri pada saat akhir dan digantikan dengan Shafiq yang juga seorang jurutera petroleum.

Pada PRU14, Hamzah menang kerusi Parlimen Larut atas tiket BN selepas mengalahkan calon PAS Abu Husin Mohamad dan calon PKR, Khairil Anuar dengan majoriti 4,486 undi.

Selepas itu, beliau keluar Umno dan menyertai Bersatu pada 2019.

Sementara itu, tiga kerusi DUN bawah Parlimen Larut turut menyaksikan pertandingan empat penjuru. Berikut adalah senarai calon:

Di DUN Selama, calon PN Akmal Kamarudin akan bertembung Faizul Rizal Zulkifli (BN), Razali Ismail (PH) dan calon bebas Osman Sidek.

Sementara itu, di DUN Kubu Gajah, persaingan empat penjuru membabitkan Khalil Yahaya (PN), Osman Ahmad (BN), Rusli Bakar (PH) dan Fuaddin Kamaruddin (Pejuang)

Bagi DUN Batu Kurau pula, calon PN Najmudin Elias Al-Hafiz berdepan Saliza Ahmad (BN), Muhamad Aiman Aizuddin Md Husin (PH) dan Zulkifli Yahya (Pejuang).



............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                         ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo