NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

“Kalau Tak Bagi Tandanya Tak Sayang,” Waspada Gadis-Gadis, Periksa Teman Lelaki Korang Dulu, Takut Tak Pernah Wujud


Sape je yang tak suka kalau sedang bercinta. Bagaikan dunia sendiri yang punya. Macam tu lah perasaan korang ni kalau tengah hangat menjalinkan hubungan percintaan ni kan. Sweet bersemut tengok pasangan teman lelaki dan teman wanita sekarang. Kadang-kadang tu sampai tak ingat mana satu perkara yang betul nak dibuat. Semua la sanggup buat demi menggembirakan pasangan masing-masing.

Namun begitu, korang jangan nak seronok sangat ya bila tengah bercinta tu. Korang mesti selalu ingat untuk berjaga-jaga supaya korang takkan tertipu dan jadi mangsa orang lain yang tidak bertanggungjawab. Tak kisah lah ditipu dari segi apa pon, korang mesti berhati-hati. Tapi, ikutkan statistik, ramai orang ditipu dalam bentuk wang bila jadi mangsa percintaan.

Kalau korang tak cakna tentang perkara macam ni, nanti jadi la seperti seorang wanita yang malangnya menjadi mangsa penipuan atas talian. Untuk lebih spesifik lagi, jadi mangsa kepada love scam dengan teman lelaki kesayangan yang tak pernah wujud.

Mengikut kebiasaan kes love scam, mangsa akan tertipu dengan kata-kata manis yang diberikan oleh individu yang tak pernah wujud. Kenapa tak pernah wujud? Apa tidaknya, gambar dan nama profil yang digunakan sudah pasti bukan personaliti yang sebenar kan. Mangsa pula tertarik dengan personaliti yang tak pernah wujud dan sanggup menyerahkan apa saja untuk menyatakan rasa cinta.

Disebabkan itulah setiap orang perlu berhati-hati agar tidak terjerumus di dalam penipuan dalam talian seperti love scam ini. Tidak kira jantina, sesiapa sahaja terdedah kepada penipuan ini sekiranya tidak berwaspada.

Taktik Love Scam Yang Selalu Dibuat

1) Berhubung hanya dalam laman sosial media

2) Hubungan cinta yang terjalin dengan sangat pantas

3) Mengelak untuk berjumpa dengan memberi pelbagai alasan

4) Selalu memberitahu pasangan yang mereka mempunya masalah kewangan

Itu lah salah satu contoh scam yang terjadi kat dalam Malaysia ni. Untuk mereka yang masih tak tahu, bukan love scam je ya yang ada. Macam-macam lagi, sebagai contoh:

  • Phishing
  • Gift Scam
  • Macau Scam
  • Fake Online Banking

Satu lagi penipuan yang paling ramai kena sekarang sudah tentunya Macau Scam. Untuk yang tak tahu, penipuan ni tak menggunakan wang ringgit tapi semuanya boleh dilakukan secara atas talian. Sebagai contoh, dengan menggunakan kad kredit. Jangan rasa selesa sangat kalau korang tak menggunakan kad kredit, sebab scam ni boleh tipu siapa sahaja. Yang selalunya terjadi adalah bila korang yang tak pernah langsung buat permohonan kad kredit tapi kena tipu buat pembayaran dengan jumlah duit yang tinggi. Scam ni selalunya akan dapat banyak sms yang cakap korang dah buat pindahan duit.

Satu persamaan yang ada dalam semua jenis penipuan atas talian yang terjadi ni sebenarnya adalah, semua transaksi mesti dilakukan secara atas talian juga. Sebab dari situ la semua duit dalam kad kredit, kad debit dan simpanan kita boleh dicuri.

Jangan risau, ada je cara yang korang boleh gunakan untuk mengelakkan diri korang daripada ditipu. Barulah korang boleh selamatkan duit simpanan korang sendiri kan. Korang ikuti sendiri perkongsian daripada Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Malaysia ni tentang panduan membuat transaksi atas talian.

Panduan Membuat Transaksi Atas Talian Supaya Tak Tertipu

1) Selidik Maklumat Penerima Duit Transaksi Atas Talian

Yang ni amat penting untuk korang semua tahu ya. Walaupun penerima dah bagi semua maklumat untuk korang transfer duit korang kepada mereka, pastikan maklumat tu betul-betul sahih. Takdela nanti bila kita dah buat transaksi atas talian tu, pergi ke tempat lain pulak duit kita sebab maklumat yang diberi tu palsu. Kan dah rugi camtu.

2) Elak Membuat Transaksi Kepada Akaun Pihak Ketiga

Jika penerima menyuruh korang untuk memindahkan wang kepada akaun yang lain selain daripada akaun asal mereka, anda patut rasa was-was tentang ini. Kejadian seperti ini membolehkan penerima untuk mencuri duit korang tanpa dapat dikesan.

3) Semak Nombor Akaun Penerima

Nombor akaun bank sekarang boleh ditipu dengan sangat mudah sekali. Untuk memastikan yang nombor tersebut adalah nombor yang betul, pastikan korang semak nombor akaun penerima tersebut di laman web http://ccid.rmp.gov.my/semakmule/

4) Simpan Bukti Pembayaran

Untuk mengelakkan daripada sebarang perkara untuk berlaku di kemudian hari, jangan lupa untuk pastikan yang korang dah menyimpan semua bukti pembayaran korang



............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                         ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo