NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Kalau mereka khianat, kita akan serang habis-habisan kata Tuan Ibrahim


Timbalan Presiden PAS mengingatkan agar tidak ada mana-mana pemimpin parti itu melakukan khianat selepas tidak terpilih sebagai calon semula kali ini.

Kata Tuan Ibrahim Tuan Man, Perikatan Nasional (PN) akan mengambil tindakan jika ada antara mereka itu "khianat" kepada "perjuangan rakyat".

"Kita beri amaran, peringatan supaya (individu) yang kecewa, yg tidak dicalonkan agar tidak khianat kepada perjuangan rakyat ini.

"Kita beri amanan - mana-mana yang tidak terpilih, kalau mereka khianat, kita akan hentam dia, kita akan serang dia habis-habisan," katanya semasa berucap di majlis pengumuman calon PN di Kuala Lumpur malam ini.

Dalam ucapan yang sama, Tuan Ibrahim turut mengingatkan orang ramai agar memilih calon yang dikemukakan PN berbanding parti lain.

Kata penyandang kerusi Kubang Kerian itu, rakyat perlu memilih pemimpin yang tidak mengamalkan rasuah, tidak menyeleweng atau menyalah guna kuasa.

"Takkan rakyat nak pilih pemimpn, (bakal) perdana menteri yang kerjanya berulang-alik ke makamah?

"Takkan rakyat nak pilih pemimpin yang terkenal sebagai banduan?

"Takkan rakyat nak pilih pemimpin yang kita tak tau hala tuju ke mana nak dibawanya negara ini," katanya.

Peringatan Tuan Ibrahim itu dibuat ketika ada beberapa nama berprofil tinggi dalam kalangan pemimpin PAS disebut-sebut tidak lagi tercalon dalam PRU akan datang.



............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                         ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo