NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Kalah tak bermakna perjuangan tidak benar, kata Dr M



PETALING JAYA:
Dr Mahathir Mohamad berkata walaupun sokongan terhadap Pejuang dan Gerakan Tanah Air (GTA) kurang mendapat tempat, ia tidak bermakna perjuangan parti itu tidak benar.

Bekas perdana menteri itu demikian dalam surat terbuka kepada 4,566 pengundi yang memilihnya ketika bertanding di Parlimen Langkawi, pada pilihan raya umum ke-15 (PRU15).

“Yakinlah bahawa walaupun kita tidak ramai, ia tidak bermakna perjuangan kita tidak benar. Malahan, kerana berpegang kepada prinsip perjuangan itulah kita kadangkala dipinggir.

“Saya berharap agar tuan-tuan dan puan-puan tidak merasa terlalu sedih dan hilang semangat untuk meneruskan perjuangan kita untuk bangsa kita, agama kita dan juga tanah air kita,” katanya dalam surat itu.

Mahathir yang juga pengerusi Pejuang menyatakan penghargaan kepada pengundinya atas keberanian memilihnya sebagai calon Pejuang/GTA.

“Saya tidak tahu siapa yang telah mengundi saya kerana undi itu rahsia jadi saya tidak ada jalan lain untuk ucap berbanyak terima kasih kepada tuan-tuan dan puan-puan sekalian kerana telah dengan berani memberi undi kepada saya melainkan melalui surat terbuka ini,” katanya.

Pada PRU15 Sabtu lalu, Mahathir bukan sahaja tumpas di Langkawi, malah hilang deposit selepas sekadar meraih 4,566 undi daripada keseluruhan 48,123 undi dalam pertembungan lima penjuru. Kerusi itu dimenangi Mohd Suhaimi Abdullah daripada Perikatan Nasional menerusi majoriti 13,518 undi.

Pemimpin kanan Pejuang lain yang turut hilang deposit termasuk anaknya, Mukhriz yang kalah di Jerlun dan Timbalan Pengerusi Gerakan Tanah Air (GTA) Marzuki Yahya (Sungai Petani).

Pejuang tewas di semua 125 kawasan ditandingi.






........
Komen: ........




............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                         ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo