NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Kalah 100 undi di Lubok Antu, calon PSB akan hantar petisyen



PETALING JAYA:
Calon Parti Sarawak Bersatu (PSB) bagi Parlimen Lubok Antu, Dr Johnical Rayong Ngipa akan mengemukakan petisyen membantah keputusan pilihan raya umum ke-15 (PRU15) selepas hanya tumpas dengan majoriti 100 undi.

ADUN Engkilili itu juga, berkata beliau amat kecewa dengan keputusan itu yang disifatkannya cukup mengejutkan.

Beliau mendakwa, sudah mendahului dalam saingan empat penjuru sejak awal.

“Namun, sebaik sahaja pegawai pengurus pilihan raya (RO) bagi kerusi Parlimen Lubok Antu (Richard Ngumbang) membuat pengumuman rasmi, saya diisytihar kalah dengan hanya 100 undi.

“Saya meminta RO supaya membuat kiraan semula, namun tidak dibenarkan dan itu adalah sesuatu yang amat mengecewakan,” katanya menurut Harian Metro.

Dalam pertandingan empat penjuru, calon Gabungan Parti Sarawak (GPS), Roy Angau Gingkoi menang selepas mendapat 6,644 undi, berbanding Johnical yang memperolehi 6,544 undi, manakala calon Perikatan Nasional (PN), Jugah Muyang memperoleh 5,360 undi dan calon bebas, Langga Lias, 746 undi.

Johnical berkata, beliau memohon agar Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) meneliti semula keputusan bagi kawasan itu.

“Saya mahu SPR merujuk semula berapa jumlah pengundi yang keluar mengundi, berapa jumlah undi rosak dan berapa undi dikembalikan. Itu penting kerana jumlah majoriti yang hanya 100 undi itu terlalu kecil dan meragukan,” katanya.

Menurutnya lagi, pihaknya akan mengemukakan petisyen dalam tempoh 21 hari selepas PRU15 bagi membantah keputusan yang sudah diumumkan.






Komen: ........




............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                         ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo