NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

JKM Kelantan salur bantuan lebih RM160 juta kepada 47,045 penerima setakat September


 Pengerusi Jawatankuasa Kebajikan, Pembangunan Keluarga dan Wanita negeri, Datuk Mumtaz Md Nawi
Pengerusi Jawatankuasa Kebajikan, Pembangunan Keluarga dan Wanita negeri, Datuk Mumtaz Md Nawi

KOTA BHARU: Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) sudah menyalurkan bantuan berjumlah RM164,337,952 kepada 47,045 penerima di negeri ini setakat September lalu.

Pengerusi Jawatankuasa Kebajikan, Pembangunan Keluarga dan Wanita negeri, Datuk Mumtaz Md Nawi, berkata ia membabitkan penerima skim Bantuan Kanak-Kanak (BKK), Bantuan Warga Emas (BWE), Elaun Pekerja OKU (EPOKU), Bantuan Penjagaan OKU/Pesakit Kronik Terlantar (BPT), Bantuan OKU Tidak Berupaya Bekerja (BTB) dan Bantuan Anak Pelihara (BAP).

Beliau berkata, seramai 39,538 orang juga penerima bantuan menerusi peruntukan Kerajaan Persekutuan, manakala 7,507 orang menerima bantuan disalurkan kerajaan negeri.

"Di bawah peruntukan Kerajaan Persekutuan, seramai 39,538 menerima bantuan masing-masing membabitkan peruntukan RM147,667,452.

"BKK memberi manfaat kepada 9,808 penerima, BWE (8,893), EPOKU (8,718), BPT (2,904), BTB (9,191) dan BAP (24)," katanya pada sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan di Kota Darulnaim, di sini, hari ini.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan Rozi Muhamad (PAS-Tendong) mengenai jumlah penerima bantuan JKM Kelantan pada tahun ini pada sesi soal jawab lisan.

Mumtaz berkata, Kerajaan Kelantan menyalurkan bantuan am kepada 7,507 penerima membabitkan peruntukan berjumlah RM16,670,500. – BERNAMA






........
Komen: ........




............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                         ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo