Seorang
Presiden memikul amanah yang besar dalam membawa hala tuju parti,
termasuk dalam memperkasa parti dan menjaga kebajikan ahli-ahli parti.
Zahid,
selaku Presiden UMNO dilihat tidak mengutamakan kepentingan parti,
tidak mendengar suara akar umbi parti. Sebaliknya menyusun 'orang-orang'
sendiri, barangkali demi kepentingan peribadi.
Perpecahan
mula timbul apabila Zahid yang memiliki kuasa memberi watikah
pencalonan mencatur nama-nama orang sendiri dan mengabaikan suara akar
umbi.
'Bayarannya',
kerusi-kerusi yang UMNO BN boleh menang, berjaya dirampas parti lawan.
Sekali gus menyaksikan UMNO BN tewas pada PRU15 dengan memiliki hanya 30
kerusi, TERBURUK DALAM SEJARAH UMNO BN.
PRU14
pun tewas, tapi setidak-tidaknya dapat 79 kerusi. Namun, Presiden UMNO
dan Pengerusi BN ketika itu, Datuk Seri Najib Tun Razak, dilihat lebih
profesional dan berlapang dada apabila melepaskan jawatannya.
Apa kata beliau?
"Saya
dengan yang amat berat meletakkan jawatan serta-merta ini mengikut
prinsip moral sesiapa jadi ketua dan gagal dalam pilihan raya perlu
bertanggungjawab.
"Saya terima keputusan ini dengan moral dengan hati terbuka, "
3 hari selepas BN tumbang, Najib umum letak jawatan.
Dengan
kuasa Allah, Najib yang dihina kini dipuji dan diangkat sebagai
individu hebat oleh segenap lapisan masyarakat. Ke mana saja dia pergi,
pasti dikerumuni ramai orang.
Popularitinya bertambah, walaupun dipenjara, nama beliau masih disebut dan dirindui.
Ramai
yang yakin beliau tidak bersalah, dianiaya oleh musuh politik. Sebab
itu auranya merebak ke seluruh negara walaupun jasadnya dipenjara.
Berbeza dengan Zahid yang kini berdepan kes di mahkamah.
Ramai
mendesaknya letak jawatan namun beliau dilihat masih angkuh dan
sombong. Tatkala beliau hanya menang majoriti 348 undi sahaja di Bagan
Datuk.
Antara yang desak beliau letak jawatan;
Menteri Besar Johor, Onn Hafiz Ghazi
Akar umbi UMNO
Noh Omar
Nazri Aziz
KJ
Ketua Penerangan UMNO
Pemuda Umno Seremban
Wanita UMNO Wilayah Persekutuan
Ahli MKT UMNO, Datuk Seri Md Alwi Che Ahmad
Veteran UMNO Perak
EXCO Pemuda UMNO
Pemimpin akar umbi UMNO
Sikap angkuh Zahid yang dilihat cuba mengheret UMNO, menunjukkan betapa terdesaknya beliau yang kini berdepan kes mahkamah.
Pemimpin bersilih ganti.
Apakah UMNO mahu terkubur dengan adanya ketua seperti Zahid?
Atau
UMNO mahu dilihat berprinsip, lebih remaja dan tiba masanya dikemudi
oleh pelapis-pelapis baharu yang berwibawa, bersih, profesional dan
memiliki idea segar seiring perubahan lanskap politik serta menepati
citarasa pengundi muda yang menguasai Malaysia ketika ini.
Ahli UMNO, kuasa di tangan anda! Parti ini bukan milik individu, bukan milik Zahid. Tapi milik kita semua ahli UMNO.
-- ........
Komen: ........
............oo000oo........... PENAFIAN 1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit. ...oo... |
No comments
Post a Comment