NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Jangan undi PH-DAP, ingat balik sejarah hitam Islam diancam


BANGI, 23 Rabiulakhir 1444H, Jumaat
– Tiada jaminan negara akan menjadi lebih baik sekiranya parti tamak haloba DAP kembali memerintah selepas Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).

Ini kerana ‘track record’ parti itu ketika Pakatan Harapan (PH) mentadbir kerajaan dalam tempoh 22 bulan bukan sahaja gagal, malah mencetuskan ketegangan dalam kalangan rakyat khususnya penduduk majoriti.

Selain konsisten memperjuangkan konsep ‘Malaysian Malaysia’ – yang jelas bercanggah dengan Perkara 153 Perlembagaan – DAP juga selalu membangkitkan pandangan bertentangan mengenai Islam, kata penganalisis politik, Prof Dr Mohd Ridhuan Tee Abdullah.

“Sepanjang 22 bulan, kita rasa tidak senang apabila perkara-perkara sensitif berkaitan Islam dibangkit-bangkitkan seolah-olah sengaja nak menguji sensitiviti kita.

“Sedangkan kita pun tidak pernah campur tangan hal ehwal bukan Islam,” katanya ketika dihubungi Ismaweb.net, hari ini.

Bagaimanapun, Prof Ridhuan Tee mengakui kecenderungan anak muda ketika ini agak tinggi kepada PH.

Beliau tidak menolak kemungkinan ia berlaku kerana golongan berkenaan tidak nampak sejarah pentadbiran gabungan itu sebelum ini, sebaliknya hanya menilai kesusahan yang dialami rakyat sekarang.

“Anak muda ini, nak tak nak kena baca juga sejarah dan jangan mengundi mengikut sentimen.

“DAP ini dari dulu lagi kita nak sebut dalam konteks gerakan yang dibawa anti-Islam, anti-Melayu, nak menyamaratakan semua agama dan kemudian hak istimewa orang Melayu sentiasa dipertikaikan dan sebagainya,” katanya.

Beliau turut menyingkap isu penerbitan komik propaganda, ‘Inisiatif Jalur & Jalan Meraih Manfaat Bersama’ yang diwartakan sebagai bahan terlarang ketika PH memerintah.

Katanya, ketika Kementerian Dalam Negeri (KDN) mewartakan Perintah Larangan terhadap komik itu, beberapa ahli DAP lantang membantah.

“Perkara begini, mereka tak nampak. Isu-isu seperti ini sudah tenggelam. Ketika itu mereka tidak boleh mengundi lagi, akta belum diluluskan.

“Bila akta diluluskan kebetulan negara dilanda pandemik, ekonomi kita dalam keadaan lemah dan sebagainya. Mereka nampak dekat situlah,” katanya.

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.




............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                         ...oo...


No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo