NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Jangan tunding jari cari siapa yang salah - Bung Moktar

Pengerusi UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Moktar Radin (Gambar fail)


KUALA LUMPUR, 23 Nov (Bernama) -- Setiap pemimpin Barisan Nasional (BN) harus bertanggungjawab dengan keputusan pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) dan bukannya menuding jari mencari siapa yang salah, kata Pengerusi BN Sabah Datuk Seri Bung Moktar Radin.

Justeru, beliau berkata gesaan MCA supaya Pengerusi BN Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi meletakkan jawatan adalah keterlaluan.

"Orang yang kalah perlu menerima kekalahan dan tidak perlu menyalahkan orang lain. Saya fikir MCA keterlaluan apabila meminta Presiden mengundur diri,” katanya ketika ditemui pemberita ketika menghadiri Mesyuarat Khas Majlis Tertinggi UMNO di Menara Dato' Onn di sini hari ini.

Pengerusi BN Pulau Pinang Datuk Musa Sheikh Fadzir berkata MCA seharusnya menghormati UMNO yang telah membantu parti komponen itu memenangi dua kerusi Parlimen iaitu Ayer Hitam dan Tanjung Piai di Johor.

Ketua Pemuda UMNO Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki pula berkata MCA perlu mengambil tanggungjawab kerana kegagalan parti itu mendapatkan sokongan dan memenangi kawasan majoriti pengundi Cina pada PRU15.

Terdahulu, Setiausaha Agung MCA Datuk Chong Sin Woon berkata MCA percaya bahawa Ahmad Zahid tidak lagi layak memimpin BN sebagai pengerusi dan menggesa beliau meletakkan jawatan secara terhormat.

Pada PRU15 Sabtu lepas, BN hanya memenangi 30 daripada 178 kerusi yang ditandingi, kekalahan paling buruk dalam sejarah parti itu.

-- BERNAMA





Komen: ........




............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                         ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo