NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Jangan Sabotaj Proses Penubuhan Kerajaan PASCA PRU 15


Persatuan Ulama’ Malaysia Cawangan Wilayah Persekutuan (PUMWP) menuntut agar semua pimpinan parti yang berada dalam kerajaan sebelum parlimen dibubarkan supaya mempercepatkan rundingan bagi penubuhan kerajaan pasca PRU15.

Pihak pimpinan Perikatan Nasinonal (PN) perlu terus menggerakkan inisiatif ini. Manakala UMNO-BN khususnya diminta agar menghormati isyarat yang jelas dari majoriti besar pengundi Melayu Islam yang mahukan penubuhan kerajaan yang kuat asas tunjang Melayu Islam melalui PRU15.

Mandat ini jelas dapat dilihat melalui sokongan yang jelas kepada Perikatan Nasional berbanding dengan Pakatan Harapan dan juga Barisan Nasional (BN) Keputusan rasmi PRU 15 semalam jelas menghantar mesej tentang hasrat ini.

Mengambil kira hal ini dan pola keputusan PRU15 yang ada, maka satu-satunya pilihan yang berprinsip bagi BN adalah untuk bersama-sama membentuk kerajaan dengan PN bersama dengan sekutu-sekutu dari Sabah dan Sarawak.

Umum telah mengetahui melalui kenyataan-kenyataan yang dibuat sebelum ini dan hari ini khususnya bahawa sentimen para pimpinan UMNO-BN yang lain serta parti-parti sekutu Sabah dan Sarawak adalah selari hasrat ini.

Untuk mengesahkan dan memutuskan keputusan ini secara rasmi maka mesyuarat peringkat tertinggi UMNO dan BN hendaklah diadakan dengan segera.

Malangnya kita menyaksikan tindakan beberapa pimpinan tertinggi bertindak menangguhkan dan melengahkan mesyuarat-mesyuarat ini. Ini adalah tindakan yang jelas-jelas salah, tidak bertanggungjawab dan amat tidak munasabah.

Pada masa yang sama kami turut menyeru pihak pimpinan Pakatan Harapan untuk menerima realiti bahawa selain daripada parti-parti Sabah dan Sarawak, mandat sebenar BN adalah jelas bersama PN dan tidak memihak kepada PH.

Kedegilan beberapa individu untuk mensabotaj proses pengesahan kerajaan dengan cara yang tidak bermoral ini tidak wajar digalakkan. Tindakan tersebut tentunya mendapat sokongan pimpinan PH yang pasti akan menyebabkan perpecahan.

Sikap yang berprinsip dan bermaruah bagi pimpinan PH dalam situasi sebegini sebenarnya adalah untuk menerima keputusan dan mandat majoriti rakyat dengan tidak bersubahat dengan tindakan luarbiasa sebahagian yang cuba mencatur jajaran baru.

Kita tahu PH selama ini memperjuangkan prinsip menghormati mandat pengundi melalui proses PRU. Melayan taktik pelik dan tidak bermoral sebahagian pimpinan tertinggi BN dengan tidak mengadakan mesyuarat yang wajib diadakan ini adalah jelas bertentangan dengan prinsip dan nilai moral yang PH sendiri perjuangkan.

Maka kami menuntut agar mesyuarat-mesyuarat yang perlu diadakan demi membentuk kerajaan ini segera diadakan. Kami semua menunggu dan memerhatikan tindakan segelintir pimpinan yang cuba melakukan halangan tentang hal ini.

Kami juga memerhatikan dengan dekat sikap pihak pimpinan PH berkaitan tentang hal ini. Kami juga menyeru semua pihak yang berkaitan agar meneruskan nasihat dan tekanan agar proses pembentukan Kerajaan dijalankan dengan lancar serta tidak disabotaj dengan taktik yang tidak bermoral.

Sekian.
Wassalam.

Yang benar,

DATUK MOHAMAD HJ ABDULLAH
Pengerusi


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                         ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo