PAGOH: Kejayaan negara mengurus krisis ekonomi adalah sebahagian daripada usaha kerajaan Perikatan Nasional (PN), kata Muhyiddin Yassin.
Pengerusi PN mengingatkan semua pihak agar tidak terlalu memandang rendah terhadap keupayaan gabungan itu menangani cabaran ekonomi.
“Jadi tak boleh kata kredit perlu diberikan kepada BN, kerana menteri-menteri ekonomi sebahagian besarnya daripada PN.
“Mereka juga menyumbang dan itu satu petanda bahawa kita (PN) mampu dan berupaya untuk uruskan ekonomi negara,” katanya ketika ditemui selepas menghadiri sesi ramah mesra bersama penduduk di Parit Raja.
Muhyiddin berkata, tidak adil untuk “perdana menteri yang baharu” (Ismail Sabri Yaakob) mendapat nama.
Katanya, pencapaian itu adalah hasil usaha keras kerajaan PN di kala negara berdepan pandemik Covid-19.
“Ia berlaku selepas langkah yang kita ambil waktu susah dan kita buka (ekonomi) dalam waktu sesuai supaya ekonomi kita pulih.
“Selepas itu kita galakkan pelaburan masuk, sediakan peluang pekerjaan, kegiatan ekonomi sudah meningkat baru ada pertumbuhan KDNK (keluaran dalam negara kasar),” katanya.
Terdahulu, Ismail mengumumkan KDNK meningkat 14.2% berbanding 5% dan 8.9%, masing-masing pada suku pertama dan kedua tahun ini.
............oo000oo........... PENAFIAN 1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit. ...oo... |
No comments
Post a Comment