NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Jangan Lupa Sengsara 22 Bulan, Pelbagai Aset Negara Dijual, Kebajikan Rakyat Diperjudi


Jangan Lupa Sengsara 22 Bulan, Pelbagai Aset Negara Dijual, Kebajikan Rakyat Diperjudi

Rakyat diminta untuk mengambil iktibar serta tidak melupakan kesengsaraan yang mereka tempuhi ketika Pakatan Harapan (PH) memerintah negara selama 22 bulan.

Pelbagai kerosakan yang PH lakukan termasuklah menjual segala aset yang sebelum ini memberikan kemudahan kepada rakyat.

“Saya bagi contoh isu Khazanah, mereka jual rantaian hospital nombor dua terbesar di dunia. IHH Berhad. Habis kena jual…yang untung dia jual.

“Keduanya, banyak aset-aset Tabung Haji (TH) kena jual. Sebab pada masa itu Menteri Kewangannya adalah Lim Guan Eng dari Dap. Sampai nak pergi menunaikan haji, terpaksa bayar berpuluh ribu Ringgit.

“Mana mungkin orang kampung berkemampuan untuk menunaikan haji sekiranya perlu mengeluarkan duit sebanyak itu. Jadi, kita kena ingat dan ambil perkara ini sebagai satu iktibar. Jangan lupa, ini yang berlaku dahulu,”

“Dahulu UMNO/BN mentadbir 60 tahun lebih kita telah banyak merosakkan Melayu ditambah 22 bulan PH.

“Tetapi apabila kita ditadbir oleh kerajaan campuran BN, inilah masalahnya. Ada perkara yang kita nak laksanakan seperti bantuan rakyat, BN hanya nak kuasa ganggu kerajaan PN.

“Maka, sangat-sangat penting pada pilihan raya ini untuk kita menang besar, jadi sebuah kerajaan yang dominan dan melebihi dua pertiga,”

PH jelas gagal bukan sahaja dalam bab menunaikan janji, malah membuktikan bahawa mereka tidak mampu untuk mentadbir negara khususnya dalam aspek pengurusan ekonomi kerana sebelum negara dilanda COVID-19, banyak petunjuk ekonomi memperlihatkan mereka gagal.

Hutang kerajaan meningkat kepada RM741 bilion daripada RM686 bilion, KDNK negara menjunam (51.8% kepada 50.7%), Rizab Antarabangsa Bank Negara menjunam teruk (USD 109.4 bilion kepada USD 102.1 bilion), nilai ringgit merosot pada kadar RM3.94 bagi setiap 1 USD dan lebih RM30 bilion aset negara dijual.

Oleh itu rakyat kena bagi peluang PN memerintah untuk bantu rakyat.

............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                         ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo