NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Jangan emosi, bertindak melampau, pemimpin PAS tegur cara kempen


PARIT BUNTAR:
Naib Presiden PAS, Idris Ahmad menegur semua calon dan pemimpin politik, termasuk daripada parti itu agar tidak beremosi dan bertindak melampau ketika berkempen.

Beliau mengulas tindakan Ketua Pemuda PAS Sik, Shahiful Nasir yang memberi amaran kepada pengundi akan “masuk api neraka” jika memilih Barisan Nasional dan Pakatan Harapan berbanding Perikatan Nasional (PN) pada pilihan raya umum ke-15.

“Dia sudah tarik balik (kata-kata itu), tetapi nasihat saya supaya apa jua dalam musim kempen ini, jangan beremosi dan melampau.

“Biarlah kita berhujah dengan fakta, jangan menyentuh perkara-perkara yang menyentuh sensitiviti kaum lain,” katanya selepas menghadiri Jelajah Prihatin Azmin Ali dengan penduduk Batu 5, di sini.

Terdahulu, Shahiful memohon maaf atas ucapannya yang tular di media sosial sejak semalam sambil mengakui kenyataannya menyinggung banyak pihak.

Ucapan “menerakakan” pengundi itu mengundang kecaman ramai, dengan warganet menyindir Shahiful yang dikatakan seorang ustaz.

Mengenai penerimaan penduduk di utara Perak terhadap PN, Idris berkata, berlaku gelombang anak muda yang menyokong gabungan itu.

“Itu realiti kerana bila kita tengok di lapangan, dulu ya kita bimbang, takut anak muda tak buat keputusan, dia tak akan menyebelahi kita, rupanya berlaku sebaliknya,” katanya sambil menambah sokongan anak muda kepada PN hampir 80%.

“Gelombang agak tinggi, dalam 100 orang yang hadir di pusat daerah mengundi hampir 80 budak muda.”



............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                         ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo