PETALING JAYA: Perikatan Nasional (PN) membuat keputusan bijak dengan memilih menjadi pembangkang menentang Pakatan Harapan dan sekutunya dalam kerajaan, kata penganalisis.
Azmi Hassan dari Akademi Nusantara, berkata keputusan PN itu sebagai strategi pintar, lebih-lebih lagi negara buat kali pertama mempunyai kerajaan perpaduan.
“Ketidakpastian sebelum ini sama ada untuk menjadi sebahagian daripada kerajaan adalah tidak baik untuk imejnya memandangkan Anwar Ibrahim telah memperoleh majoriti (dengan menerima Barisan Nasional),” katanya kepada FMT.
Sekiranya PN menyertai kerajaan, ia seolah-olah memperlihatkan gabungan itu ingin mendapat kelebihan politik atau jawatan Kabinet, kata Azmi.
PN berpotensi menjadi pembangkang berkesan dan jika gabungan itu berjaya memainkan peranannya, rakyat akan mengambil perhatian.
Terdahulu, Pengerusi PN Muhyiddin Yassin, berkata gabungan itu akan
berfungsi sebagai semak dan imbang terhadap pentadbiran Anwar dengan
menjadi pembangkang dan bukannya menyertai kerajaan perpaduan.
PAS dan agenda Islam
Oh Ei Sun dari Institut Hal Ehwal Antarabangsa Singapura, berkata kerajaan inklusif akan dapat mengambil kira kepentingan semua. Bagaimanapun, sistem Parlimen memerlukan penentangan kuat untuk membendung salah guna kuasa.
“Lebih-lebih lagi, PAS membentuk satu perempat daripada Ahli Parlimen (penggal Parlimen baharu) dan akan dapat meneruskan agenda teokrasi dengan lebih banyak lagi, walaupun dalam pembangkang,” katanya.
Beliau menegaskan bahawa jika PAS mencadangkan sesuatu untuk menjadikan negara lebih sejajar dengan agama, sukar bagi Ahli Parlimen beragama Islam daripada parti lain untuk menyerang.
“Ini kerana mereka mungkin dituduh tidak cukup alim. Walau apa pun, PAS akan tetap boleh menggunakan pengaruhnya dan memberi kesan kepada hala tuju negara sama ada dalam kerajaan atau pembangkang,” katanya.
........
Komen: ........
............oo000oo........... PENAFIAN 1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit. ...oo... |
No comments
Post a Comment