NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Itali isytihar darurat selepas tanah runtuh



CASAMICCIOLA TERME:
Kerajaan Itali, hari ini, mengisytiharkan darurat selepas tanah runtuh di pulau Ischia mengorbankan sekurang-kurangnya seorang dan menyebabkan puluhan lain hilang.

Gelombang lumpur dan serpihan melanda bandar kecil Casamicciola Terme awal pagi semalam dan menenggelamkan sekurang-kurangnya sebuah rumah serta menghanyutkan kereta ke laut.

Menurut Menteri Perlindungan Awam, Nello Musumeci, bantuan dana pertama sebanyak dua juta euro dikeluarkan pada akhir mesyuarat tergempar Kabinet yang mengisytiharkan darurat.

Lebih 200 penyelamat masih mencari puluhan orang yang hilang, manakala ratusan sukarelawan sibuk membersihkan jalan-jalan di bandar itu.

Serpihan kereta dan bas yang dihempap ​​lumpur turut kelihatan manakala batu-batu besar bertaburan ketika jengkaut berusaha membersihkan laluan ke rumah, kereta dan kedai.

Pasukan penyelamat menemui mayat seorang wanita berusia 31 tahun.

Semenanjung, di luar Naples, tidak asing dengan keadaan kecemasan berikutan gempa bumi, letusan gunung berapi atau cuaca buruk.

Casamicciola Terme adalah pusat peranginan spa dengan 8,000 penduduk berdekatan Capri, dilanda gempa bumi pada 2017 yang mengorbankan dua orang.

Bagaimanapun, ia dimusnahkan sepenuhnya oleh gempa bumi yang lebih kuat pada akhir abad ke-19. - AFP






........
Komen: ........




............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                         ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo