NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Isu penjawat awam : 11 soalan untuk pemimpin PH


ISU PENJAWAT AWAM: 11 SOALAN UNTUK PEMIMPIN PH
Tulisan saya bertajuk “Tertekan di zaman PH, penjawat awam kini terbela” pada 17 Jun 2022 telah mendapat liputan yang amat baik.
Antara portal-portal berita yang menyiarkannya adalah:
Dalam pada itu, ada juga di kalangan pemimpin dan penyokong PH yang terceduk dengan tulisan tersebut dan mengkritik saya kerananya.
Ahli Parlimen DAP, Hannah Yeoh, menolak tulisan saya dengan menyebut “Apabila baca berita/artikel, kena tengok dulu siapa penulisnya”.
Ahli Parlimen AMANAH, Khalid Samad, pula menyifatkan tulisan saya sebagai “mengarut” sambil menyebut “profesionalisme PH diakui ramai”.
Ada juga komen di tempat-tempat lain yang mempersoalkan ketepatan tulisan saya kerana ia datang dari saya, bukan dari penjawat awam sendiri.
Suka dimaklumkan bahawa sebelum 9 pemimpin CUEPACS menemui Perdana Menteri pada 13 Jun 2022, mereka terlebih dahulu menemui saya.
Saya sendiri terkejut dengan cerita-cerita mereka yang disertakan dengan bukti-bukti bertulis dan saya sekadar memanjangkan cerita mereka sahaja.
Pemimpin dan penyokong PH boleh menolaknya, tetapi penolakan penjawat awam ke atas PH memang sudah terbukti pun dalam beberapa PRK/PRN.
Kepada pemimpin PH seperti Hannah Yeoh dan Khalid Samad khususnya, saya minta mereka fokus untuk menjawab 11 soalan dari tulisan saya itu:
1. Ada atau tidak ada Ahli Parlimen DAP yang menyifatkan penjawat awam sebagai membebankan kerajaan?
2. Ada atau tidak ada Ahli Parlimen DAP yang mendesak Kerajaan PH supaya mengurangkan bilangan penjawat awam di dalam negara?
3. Ada atau tidak ada Ahli Parlimen DAP yang mencadangkan di Dewan Rakyat supaya Kerajaan PH melakukan pembaharuan dasar berkenaan pemberian pencen pegawai/kakitangan awam yang dikatakan membazirkan?
4. Ada atau tidak ada EXCO DAP yang menegaskan mengenai betapa Kerajaan PH tidak perlu takut untuk memecat penjawat awam?
5. Ada atau tidak ada Timbalan Menteri DAP yang menegaskan mengenai keperluan untuk melakukan proses pembersihan kepada penjawat awam?
6. Ada atau tidak ada pemimpin PH, baik dari DAP, AMANAH atau PKR, yang menuduh penjawat awam mensabotaj Kerajaan PH?
7. Betul atau tidak Kerajaan PH memindah dan menyejukbekukan (“cold storage”) penjawat-penjawat awam utama kerajaan?
8. Betul atau tidak Kerajaan PH memberhentikan Majlis Amanat Perdana Perkhidmatan Awam (MAPPA) yang melibatkan pertemuan antara Perdana Menteri dan penjawat awam?
9. Betul atau tidak Kerajaan PH tidak melaksanakan pengumuman Perdana Menteri di MAPPA XVI pada 4 April 2018 mengenai kenaikan gaji bersamaan 1 KGT secara khas kepada semua penjawat awam, pemendekan kenaikan pangkat Time Based kali kedua dikurangkan dari 13 tahun kepada 10 tahun serta penambahan Gred DG 56 bagi guru-guru Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM)?
10. Betul atau tidak sesatunya pemberian geran tahunan oleh Kerajaan PH kepada CUEPACS ialah pada tahun 2019 dengan nilai sebanyak RM1 juta sahaja?
11. Betul atau tidak Kerajaan PH menyenyapkan surat kelulusan Mesyuarat Jawatankuasa Kerja Tanah Wilayah Persekutuan Putrajaya pada 15 Februari 2018 ke atas permohonan pemberimilikan lot tanah kerajaan di Presint 18 untuk CUEPACS?
Inilah masalah utama sebahagian pemimpin dan penyokong PH, tidak mampu berhujah secara rasional, tetapi hanya pandai mengata dan melabel sahaja.


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                         ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo