NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Isu hak milik tanah 999 tahun tiada dalam syarat bentuk kerajaan Perak


IPOH:
Tuntutan mengenai hak milik tanah 999 tahun untuk kampung baharu di Perak tidak berbangkit dalam syarat pembentukan kerajaan perpaduan di negeri itu, kata Menteri Besar, Datuk Seri Saarani Mohamad.

"Tiada. Tidak pernah ada apa-apa tuntutan itu berlaku," katanya pada sidang media selepas mesyuarat pertama Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (EXCO) di Bangunan Perak Darul Ridzuan, hari ini.

Beliau mengulas maklumat WhatsApp yang tular kononnya Pakatan Harapan (PH) bersetuju menerima syarat Barisan Nasional (BN) untuk diberikan jawatan Menteri Besar, Speaker dan tiga EXCO jika PH menggugurkan tuntutan hak milik tanah itu.

Saarani berkata, kerajaan negeri berpegang kepada Perlembagaan, Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri dan Kanun Tanah Negara 1965 dalam perkara berkenaan.

Ditanya mengenai kenyataan Pengerusi PH Perak, Datuk Seri Dr Mujahid Yusof Rawa wujud perjanjian antara BN dengan PH bagi membentuk kerajaan negeri, Saarani berkata ia berkaitan agihan peranan.

PH dan BN bersetuju menjalin kerjasama membentuk kerajaan negeri selepas masing-masing mendapat 24 serta sembilan kerusi pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) Sabtu lalu manakala Perikatan Nasional (PN) memperoleh 26 kerusi.

Sementara itu, Saarani berkata, kesepakatan antara BN dengan PH memudahkan pembentukan kerajaan Perak berbanding di peringkat Persekutuan.

"Apabila sudah dimuktamadkan, kita fokus untuk bangunkan negeri dan tidak boleh ditangguhkan. Kita terus dengan mesyuarat EXCO pertama. Kita kena jalan terus.

"Berbeza di pusat, ada beberapa parti lain seperti Parti Warisan (WARISAN) dan Gabungan Rakyat Sabah (GRS), tetapi di Perak kita ada BN, PH dan PN. Jadi dengan mudah kita boleh buat keputusan," katanya. – BERNAMA







Komen: .Kalau mulut UMNO bercakap, 1 cakap 10 tak betul.. pengkhianat bangsa Melayu




............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                         ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo