NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Ismail Sabri berdepan saingan 3 penjuru di Parlimen Bera


BERA:
Parlimen Bera menyaksikan pertembungan tiga penjuru antara Barisan Nasional (BN), Perikatan Nasional (PN) dan Pakatan Harapan (PH).

Pegawai Pengurus Pilihan Raya Parlimen Bera, Datuk Zaman Azam Mohamat Sarif, berkata pihaknya menerima borang pencalonan bermula jam 9.03 pagi.

Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mewakili BN, manakala Abas Awang dan Asmawi Harun masing-masing mewakili PH serta PN.

Sementara itu, pertembungan empat penjuru berlaku bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Guai antara BN, PN, PH dan calon Bebas,

Kerusi DUN Triang menyaksikan pertembungan tiga penjuru antara BN, PN dan PH.

Bagi kerusi Kemayan hanya dua calon layak bertanding masing-masing dari BN dan PN, manakala calon PH, Manolan Mohamad ditolak kertas pencalonannya.

Terdahulu, Zaman Azam mengumumkan calon boleh menyerahkan borang pencalonan bermula 9 pagi dan tamat sejam kemudian.

Calon bertanding menyerahkan borang pencalonan masing-masing di Dewan Konvensyen Majlis Daerah Bera, dekat sini.

Lebih 1,000 penyokong semua parti bertanding berkumpul di pekarangan dewan bagi memberi sokongan kepada calon masing-masing.

Seramai 77,669 pengundi akan menunaikan tanggungjawab 19 November depan.

Kerusi Parlimen Bera sebelum ini disandang Ismail Sabri sejak 2004.



............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                         ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo