Kanak-kanak lelaki Muslim berusia 11 tahun dari Leeds, United Kingdom, mendapat markah 162 dalam ujian kecerdasan (IQ) mengatasi individu genius terkemuka iaitu Albert Einstein dan Stephen Hawking.
Portal Metro melaporkan, Yusuf Shah mencapai IQ maksimum untuk individu bawah 18 tahun.
Markah kanak-kanak tahun enam itu yang tertinggi mengatasi ahli fizik terkenal dunia Hawking dan Einstein yang mendapat 160 markah.
Yusuf memberitahu Metro, dia memutuskan untuk mengambil ujian Mensa selepas sentiasa diberitahu rakan mengenai kepintarannya.
“Saya sentiasa ingin menguji diri sama ada berada dalam dua peratus teratas orang yang mengambil ujian ini.
“Rasa bangga memiliki sijil istimewa ini untuk saya,” katanya.
Yusuf berkata, dia suka melakukan apa sahaja yang merangsang otak seperti teka-teki sudoku dan menyelesaikan kiub Rubik.
Ahli matematik itu mula bermain dengan kiub ikonik pada Januari, dan berjaya ‘menyelesaikannya’ dalam masa satu bulan sahaja.
Untuk meraikan pencapaiannya, Yusuf pergi ke rangkaian restoran ayam Nando’s bersama ibu bapa dan abangnya.
“Saya sangat bangga. Dia adalah orang pertama dalam keluarga yang mengambil ujian Mensa,” katanya.
Yusuf bercita-cita untuk belajar matematik di Universiti Cambridge atau Universiti Oxford, manakala adiknya Khalid yang berusia lapan tahun berharap dapat mengambil ujian Mensa apabila mencapai usia matang. HM
............oo000oo........... PENAFIAN 1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit. ...oo... |
No comments
Post a Comment