PRESIDEN Joko Widodo menyatakan kesediaan Indonesia untuk menganjurkan Sukan Olimpik 2036 di ibu negara baharunya, Nusantara.
Dalam satu kenyataan, beliau berkata kejayaan Sukan Olimpik dan Sukan Paralimpik akan datang bakal menyerlahkan pentingnya kebercualian politik dalam acara sukan antarabangsa dan badan pentadbir.
"Selaku Pengerusi G20 pada 2022 dan bersama pemimpin G20 yang lain, saya menekankan pentingnya sukan untuk kesihatan dan kuasanya menyatukan dunia terutama dalam situasi global semasa," katanya.
Beliau yang juga dikenali sebagai Jokowi berkata, Paris akan menjadi tuan rumah Sukan Musim Panas Olimpik 2024 diikuti Milan dan Cortina d'Ampezzo di Itali pada 2026; Los Angeles pada 2028; dan Brisbane pada 2032.
Edisi Sukan Olimpik Belia seterusnya akan berlangsung di Gangwon, Korea Selatan pada 2024 dan di Dakar, Senegal pada 2026.
Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa dilaporkan sedang berbincang dengan 10 calon berpotensi untuk menjadi tuan rumah Sukan Olimpik 2036 termasuk Mesir, England, India, Indonesia dan Qatar.
Pembinaan ibu negara baharu Indonesia di Kalimantan Timur sedang dijalankan dengan fasa pertama pembangunan menelan belanja kira-kira AS$3.4 bilion dan dijadualkan siap menjelang 2024. - Bernama
............oo000oo........... PENAFIAN 1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit. ...oo... |
No comments
Post a Comment