Selepas mengangkat sumpah jawatan, Anwar Ibrahim hari harus mengotakan janji-janjinya semasa berkempen menjelang pilihan raya umum, Sabtu lepas.
Antara yang menarik, pengerusi Pakatan Harapan itu berjanji tidak akan mengambil gaji perdana menteri, memotong gaji menteri dan mengecilkan saiz kabinet.
Bercakap dalam ceramah akhir PH di Perak pada 18 Nov, katanya, tindakan itu akan diambil bagi membuang “budaya tamak”.
Bagi peringkat tempatan, anggota parlimen Tambun itu berjanji akan memberi keutamaan kepada isu-isu pertanian setempat.
Anwar bagaimanapun akan memimpin kerajaan perpaduan yang turut melibatkan parti-parti bukan PH.
Anwar bukan satu-satunya pemimpin PH yang menabur janji-janji yang tidak terdapat dalam manifesto.
Di Sungai Buloh, R Ramanan berjanji untuk mendermakan semua gajinya untuk rumah ibadat.
Di Batu P Prabakaran berjanji untuk mengusahakan bas percuma untuk seluruh Kuala Lumpur.
Di Lembah Pantai, Fahmi Fadzil berjanji untuk memberikan seluruh gaji kepada kawasannya, jika dilantik sebagai menteri.
Timbalan presiden PKR Rafizi Ramli pula berjanji akan “mencari” ketua Suruhanjaya Pencegahan Rasuah (SPRM) Azam Baki selepas syarikatnya diserbu.
Komen: .GAji tu katakan 60k sebulan x12 hanya tak sampai 0.0001 % keperluan rakyat. Tapi PH main kata-kata nak tipu rakyat aje
............oo000oo........... PENAFIAN 1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit. ...oo... |
No comments
Post a Comment