KULAI: Seorang ibu nekad membiarkan dirinya dihempap kepingan atap asbestos yang jatuh demi melindungi dua anaknya yang masih kecil, selepas bumbung bahagian dapur rumah mereka dihempap sebatang pokok pagi tadi.
Suri Rumah, Najlaa Sueff, 37, berkata ketika kejadian dia sedang menyediakan sarapan pagi di dapur sambil ditemani dua anaknya, berusia dua dan empat tahun tidur di ruang sama.
Katanya, ketika itu, kira-kira jam 8 pagi hujan lebat dan angin kencang sebelum terdengar seolah-olah sesuatu berlaku di luar rumah.
“Saya hanya berfikir mahu selamatkan anak yang sedang tidur ketika ribut berlaku. Hujan memang lebat dengan angin yang kuat. Saya meluru ke arah dua anak yang sedang tidur sejurus terdengar seakan bunyi pokok tumbang.
“Betul sangkaan saya, Alhamdulillah syukur saya dapat selamatkan anak secara bersujud di atas mereka walaupun kepingan atap asbestos menghempap saya.
“Kepingan asbestos yang jatuh hanya menyebabkan sedikit kesakitan di bahagian belakang tetapi saya bersyukur kerana anak-anak selamat. Sebelum ini, ribut kerap kali berlaku tetapi ini adalah kali pertama ribut rumah kami kena,” katanya ketika ditemui di Felda Bukit Permai di sini, hari ini.
Sementara itu, peniaga makanan, Ashar Ithnin, 56 berkata walaupun kedainya dilanda ribut, dia tetap menjalankan tanggungjawab sebagai pengundi.
Katanya ketika kejadian dia sedang melayan pelanggan di kedai makan, sebelum dilanda ribut yang menyebabkan bumbung kedainya terangkat.
“Habis makanan pelanggan semua masuk air, pelanggan pun lari selamatkan diri. Ini kali pertama kedai kena ribut, sebelum ini tidak pernah kena.
“Bagaimapaun, saya tetap mengundi. Selepas ribut, saya kemas apa yang perlu, terus ke Felda Layang-Layang kerana saya undi di sana,” katanya. BH
............oo000oo........... PENAFIAN 1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit. ...oo... |
No comments
Post a Comment