NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Hishammuddin bertegas tolak kerjasama PH


KUALA LUMPUR: Bendahari Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Hishammuddin Hussein kekal dengan pendiriannya menolak kerjasama dengan Pakatan Harapan (PH) bagi membentuk kerajaan. 

Dalam kenyataan di Facebook beliau sebentar tadi, Hishammuddin menjelaskan sedia dipecat parti jika pendirian itu menjejaskan kedudukannya.

"Seperti saya tegaskan kelmarin dan sebelum ini lagi, tetap menolak kerjasama dengan PH. Saya rela dipecat oleh parti namun tidak akan sesekali mengubah pendirian teguh ini.

"No Anwar, No DAP, pihak yang merasakan boleh mengambil tindakan memecat saya kerana berpegang kepada pendirian ini, silakan," katanya.

Sumber | BH Online




............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                         ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo