NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Harga ikan dijangka naik 2 kali ganda pada kemuncak musim tengkujuh


BUKIT GANTANG:
Harga ikan yang naik sekitar 15% sejak awal bulan ini, dijangka terus meningkat dua kali ganda pada kemuncak musim tengkujuh, menurut Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM).

Bagaimanapun, Pengerusi LKIM, Syed Abu Hussin Hafiz Syed Abdul Fasal berkata, pihaknya sudah bersedia dengan alternatif untuk mengeluarkan bekalan ikan sejuk beku ke pasaran.

Langkah itu, katanya, akan diambil sehingga bekalan kembali stabil pada Mei depan, walaupun musim tengkujuh dijangka berakhir Mac nanti.

“Biasanya, harga akan naik dua kali ganda bila musim tengkujuh, kalau RM10 jadi RM20, kalau RM20 jadi RM40, tetapi seperti biasa, kita akan keluarkan stok ikan beku untuk dipasarkan.

Pengerusi LKIM, Syed Abu Hussin Hafiz Syed Abdul Fasal.

“Dijangka musim tengkujuh selesai pada Mac dan biasanya ikan dapat mendarat sepenuhnya macam biasa pada Mei,” katanya selepas menghadiri pertandingan memancing Kelubong Challenge.

Selain bekalan ikan sejuk beku, LKIM juga akan meningkatkan pengimportan ikan serta menggalakkan rakyat makan ikan darat atau ikan ternakan kolam.

Terdahulu, Pengerusi Persatuan Nelayan Kebangsaan (Nekmat), Abdul Hamid Bahari dilaporkan berkata, harga ikan melonjak sehingga 15% sejak awal bulan ini, ekoran laut bergelora dan cuaca tidak menentu ketika ini akibat fasa peralihan monsun timur laut.

Katanya, walaupun nelayan masih turun ke laut, tetapi hasilnya tidak begitu banyak seperti dahulu, sekali gus menyebabkan bekalan berkurangan dan kenaikan harga.



............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                         ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo